| Sinopsis |
Anda perlu membaca buku ini sekiranya anda salah seorang daripada golongan berikut: -Baru menamatkan pengajian dan bercadang membeli ataupun sudah memiliki kereta dengan cara berhutang. -Pasangan suami isteri yang berhutang bagi membeli alat kelengkapan rumah seperti televisyen, mesin basuh dan perabot. -Menggunakan kad kredit bagi menampung kos hidup seharian. -Gelisah diburu 'along' atau ceti haram walau ke mana sahaja anda pergi. -Ada gaji tetapi masih tidak cukup melunaskan segala hutang. -Sering dihubungi pihak bank supaya membayar hutang yang tertunggak.
Hutang sukar dipisahkan dengan kehidupan manusia pada zaman ini. Ia dapat dikawal sekiranya orang yang berhutang bijak menggunakan instrumen hutang. Buku ini menerangkan cara efektif mengurus hutang dan menerangkan implikasi sekiranya anda gagal membendung penggunaan hutang yang tidak perlu.
Anda berpeluang menjadi kaya sekiranya bijak berhutang. Tetapi anda juga akan papa kedana atau bankrap sekiranya tidak tahu menggunakan hutang dengan baik. |