Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

66 Usahawan Malaysia

66 Usahawan Malaysia


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk 66 Usahawan Malaysia
Pengarang Ashadi Zain
Kategori Motivasi
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM21.00
Sinopsis Siapakah itu usahawan? Adakah kita layak bergelar usahawan? Adakah gelaran usahawan itu khusus bagi orang tertentu sahaja yang sememangnya dilahirkan sebagai insan yang istimewa dan memiliki kelebihan?

Banyak teladan yang dapat diambil untuk dijadikan iktibar dan pedoman bagi mereka yang bercita-cita memulakan perniagaan. Antara yang menarik adalah pengalaman Tunku Tan Sri Abdullah Tuanku Abdul Rahman (MAA Holdings Berhad), Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation), Datuk Lim Tong Yong (Pantai Holdings Berhad), Datuk AK Nathan (Kumpulan Kujuteraan Eversendai), Tan Sri Rozali Ismail (Puncak Niaga) dan banyak lagi.

Sebenarnya, sesiapa sahaja layak bergelar usahawan, termasuklah saya, saudara dan semua individu yang mempunyai impian, yakni impian bagi mencapai sesuatu yang bermakna kepada diri, agama, bangsa dan tanah air. Malah dalam buku ini, saudara akan dapat membaca banyak kisah kejayaan usahawan yang bermula dari bawah dengan sumber yang sedikit. Adakah mereka berputus asa? Adakah mereka menyalahkan orang lain? Adakah mereka terlalu mengharapkan bantuan? Tidak sekali-kali! Mereka tetap tabah dan sabar mengejar impian dan mengatasi segala cabaran.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.