Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Ahmadinejad; Singa Baru Dunia Islam

Ahmadinejad; Singa Baru Dunia Islam


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Ahmadinejad; Singa Baru Dunia Islam
Pengarang Muhsin Labib
Kategori Agama
Penerbit PTS Publication
ISBN 978-983-192-
Format Paperback
Harga RM17.00
Sinopsis Mengapa seorang MAN (Mahmoud Ahmadinejad) perlu dibahas di dalam sebuah buku? Pertanyaan ini mungkin terlontar dari mulut sesetengah orang terutama bagi mereka yang tidak mengikuti sepenuhnya situasi politik Timur Tengah yang kian panas itu.

Menurut kami, perkara ini menarik diperhatikan kerana sebenarnya banyak penjelasan yang dapat diberikan.

Pertama, dia bukanlah seorang politik kubu kanan ataupun kiri bahkan dia bukanlah ahli politik sama sekali.

Kedua, dia bukan seorang cendekiawan besar.

Ketiga, dia bukan usahawan yang ajaib menjadi pemimpin.

Keempat, dia bukan perwira militer yang dapat membangunkan jaringan yang kuat dalam institusi militer yang memungkinkannya masuk ke kancah politik, apa pun risiko dan bagaimana pun caranya.

Kelima, dia bukan bangsawan ataupun anak seorang pahlawan yang disegani sehingga dengan mudah meraih simpati walaupun tidak mempunyai taraf pendidikan yang cukup tinggi.

Keenam, dia tidak juga mempunyai susuk tubuh yang besar.

Ketujuh, dia tidak pandai berdiplomasi.

Kelapan, dia masih muda, seorang yang kuat bekerja dan mempunyai komitmen yang tinggi kepada negara dan bangsa serta ideologinya sehingga dia tidak pernah panik menangani ancaman asing dan yang terpenting dia bebas rasuah, tidak mempunyai pakatan sulit dan mementingkan kaum kerabat bagi mengisi pelbagai jawatan.

Fakta-fakta di atas dan kekaguman yang luar biasa di kalangan bangsa Indonesia terutamanya para mahasiswa terhadap MAN semasa beliau berkunjung ke Indonesia adalah satu keajaiban dan dijadikan sebagai ‘kaca cermin’ bagi bangsa Indonesia.

Sebenarnya, menghadirkan visi dan pemikiran politik MAN bukanlah tujuan utama tetapi ia adalah harapan kami kepada pemimpin yang memartabatkan tanah air tercinta. Itulah yang menjadi penyuntik semangat kami berempat bagi menghadap komputer selama kira-kira satu bulan menyelesaikan penulisan buku ini.
Ini bukan buku agama yang pada umumnya gagal dalam mempertahankan objektif dan penuh dengan persepsi hanya dari satu pihak tertentu sahaja. Kerana itu, buku ini ditulis dengan gaya yang tidak memberi kesan kepada minda.

Selain kepada penerbit yang menyokong idea penulisan buku ini, kami juga mengucapkan terima kasih kepada Rosianna Silalahi, Rommy Febri, Abdullah Bek, Arif Mulyadi, Edwin Arifin dan pihak-pihak yang terlibat.


Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfian Hamzah
 

 


All rights reserved 2007. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.