Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Semulia hati Guru

Semulia hati Guru


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Semulia hati Guru
Pengarang Latifah Mahfod
Kategori Pendidikan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM24.00
Sinopsis Pengalaman yang pernah dilalui oleh para guru khusus buat kaunselor, guru, pelajar dan ibu bapa.

Semulia Hati Guru ditulis khas sebagai rakaman pengalaman dan kisah suka duka serta kerenah lucu yang dialami oleh guru semasa mengajar dan bersama murid-murid mereka.

Apa yang menarik daripada buku ini, adalah cerita-cerita kontot (dikenali sebagai certot) ini ditulis oleh guru-guru berdasarkan pengalaman yang mereka alami sendiri.

Buku Semulia Hati Guru ditulis oleh guru-guru dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor dengan menyentuh tema budi yang ditaburkan oleh para guru kepada para pelajar. Kisah jasa guru-guru yang tidak ternilai.

Usaha merakamkan kisah dan pengalaman oleh guru semasa bersama murid-murid baik sewaktu mengajar di kelas ataupun melalui aktiviti-aktiviti luar kelas (aktiviti ko-kurikulum) adalah satu gaya baru dalam dunia penulisan berbentuk popular.

Semestinya kisah yang dipaparkan mempunyai unsur moral dan pengajaran yang berguna serta boleh dijadikan kenangan manis untuk diingati baik kepada guru mahupun pelajar.

Guru sebagai agen utama dalam proses pendidikan generasi pelajar sememangnya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Sumbangan dan bakti mereka tidak ternilai. Sebagai guru, mereka ibarat lampu kerdil membakar diri memberi cahaya kehidupan kepada anak-anak bagi mencapai cita-cita menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Kejayaan para pelajar adalah sebenarnya juga kejayaan para guru dalam mendidik mereka. Justeru, pengalaman ketika mereka bersama guru dalam apa jua situasi pembelajaran perlu dikenang sepanjang hayat.

Kandungan buku ini merakamkan hanya sebahagian daripada sekian banyak kisah suka duka guru dan pelajar semasa alam persekolahan. Semoga ia dapat dijadikan panduan yang baik dan seronok dihayati oleh semua.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.