Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Mendakap Kasih Guru

Mendakap Kasih Guru


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Mendakap Kasih Guru
Pengarang Azman Ahmad
Kategori Pendidikan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM22.00
Sinopsis Cerita-cerita inspirasi daripada pengalaman menarik khusus untuk para guru, pelajar, kaunselor dan ibu bapa.

Mendakap Kasih Guru ditulis khas sebagai rakaman pengalaman dan kisah suka duka serta kerenah lucu yang dialami oleh guru semasa mengajar dan bersama murid-murid mereka.

Apa yang menarik daripada buku ini, adalah cerita-cerita kontot (dikenali sebagai certot) ini ditulis oleh guru-guru berdasarkan pengalaman yang mereka alami sendiri.

Buku Mendakap Kasih Guru ditulis oleh guru-guru dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor dengan menyentuh tema kasih sayang guru kepada para pelajar.

Usaha merakamkan kisah dan pengalaman oleh guru semasa bersama murid-murid baik sewaktu mengajar di kelas ataupun melalui aktiviti-aktiviti luar kelas (aktiviti ko-kurikulum) adalah satu gaya baru dalam dunia penulisan berbentuk popular.

Semestinya kisah yang dipaparkan mempunyai unsur moral dan pengajaran yang berguna serta boleh dijadikan kenangan manis untuk diingati baik kepada guru mahupun pelajar.

Guru sebagai agen utama dalam proses pendidikan generasi pelajar sememangnya memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Sumbangan dan bakti mereka tidak ternilai. Sebagai guru, mereka ibarat lampu kerdil membakar diri memberi cahaya kehidupan kepada anak-anak bagi mencapai cita-cita menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

Kejayaan para pelajar adalah sebenarnya juga kejayaan para guru dalam mendidik mereka. Justeru, pengalaman ketika mereka bersama guru dalam apa jua situasi pembelajaran perlu dikenang sepanjang hayat.

Kandungan buku ini merakamkan hanya sebahagian daripada sekian banyak kisah suka duka guru dan pelajar semasa alam persekolahan. Semoga ia dapat dijadikan panduan yang baik dan seronok dihayati oleh semua.
 

 


All rights reserved 2007. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.