Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Guru Sebagai Fasilitator

Guru Sebagai Fasilitator


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Guru Sebagai Fasilitator
Pengarang Salhah Abdullah
Kategori Pendidikan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM27.00
Sinopsis Buku panduan untuk jurulatih, fasilitator, mentor dan guru meningkatkan kualiti pengajaran dan kemahiran dalam proses memudah cara di dalam kelas. Turut dipaparkan 60 modul terpilih bagi membantu fasilitator menjalankan aktiviti latihan dalam Kumpulan (LDK).

Modul ini menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru bimbingan dan kaunseling serta sukarelawan yang terlibat dengan program khidmat masyarakat. Modul ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi konsep yang terdiri daripada 10 bab dan bahagian kedua mengandungi 60 aktiviti LDK. Modul disusun secara fleksibel yang boleh diubahsuai bagi memenuhi objektif program.

Susunan aktiviti dalam kumpulan memberi peluang para pendidik mengaplikasikan proses pembelajaran kontekstual secara koperatif dan kolaboratif di kalangan pelajar. Aktiviti seperti simulasi, main peranan dan permainan sebagai penggerak kepada proses pembelajaran bermakna.

Susunan modul ini cuba dipaparkan secara bersahaja dan memberi konsep, prinsip dan peranan fasilitator dalam bahagian awal Guru Sebagai Fasilitator. Modul ini perlu dimiliki oleh semua guru dan fasilitator. Semoga ia memberi panduan bagi melestarikan motivasi serta meningkatkan tahap kecekapan profesionalisme dalam menangani kerenah pelajar.

Modul ini dapat memberi idea, inspirasi, semangat dan keyakinan diri kepada guru dan fasilitator mengendalikan aktiviti bimbingan. Penulis memberikan kerangka konsep dalam usaha mengaitkan teori dengan situasi praktikal yang bersifat kontekstual. Ada masanya penulis cuba menggunakan analogi secara simbolik bagi menjentik minda dan mencuit akal dan budi pembaca. Antara konsep bimbingan yang sesuai dan saling berkait dengan peranan fasilitator sebagai pendidik, kaunselor dan mentor adalah:
- Memupuk dan menerapkan nilai
- Kemahiran pengurusan diri dan pembelajaran
- Penjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif

Modul ini dapat memantapkan kebolehan diri guru dan fasilitator sebagai pendidik yang mampu melestarikan motivasi sendiri dan orang lain.
Guru Sebagai Fasilitator perlu dimiliki dan dijadikan panduan kepada pengurus, pentadbir dan pelaksana pendidikan yang inginkan budaya permuafakatan di kalangan pendidik.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.