| Sinopsis |
Buku ini dapat memmimbing guru menjadi mentor kepada pelajar, guru permulaan, guru pelatih dan rakan guru. Antara perkara menarik yang dibincangkan adalah aplikasi teori psikologi dalam pementoran, kemahiran mengurus pementoran dan cara mengurus program.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat dan kasih sayangnya, buku ini dapat diterbitkan hasil kerjasama antara mentor dan mentee. Semua orang perlukan mentor dan semua orang juga perlu menjadi mentee untuk menjadi orang yang berjaya. Proses belajar dan mengajar adalah kesinambungan kepada hidup yang bermakna. Mentor yang pernah mejadi mentee dan dibimbing oleh mentor yang efektif lebih mudah untuk menjadi mentor kepada orang lain.
Di sini, kami kongsikan pengalaman, ilmu dan kemahiran memberikan idea bagi menulis buku ini. Mentor tidak semestinya daripada kalangan guru. Namun jika guru ber-peranan sebagai mentor yang efektif, sudah tentu ia dapat me-warnakan kehidupan mentor sebagai pembimbing, pen-dorong, kaunselor, penasihat dan jurulatih. Adalah penting bagi memupuk nilai-nilai murni untuk mentor.
Buku ini diharapkan dapat menghidupkan kembali budaya mendidik yang bukan hanya sekadar mengajar menulis, mem-baca dan mengira (3M). Tetapi 4M iaitu ditambah dengan menerapkan nilai akhlak dan moral. Unsur penerapan nilai merentasi kurikulum di sekolah lebih efektif dengan adanya proses pementoran. Buku ini cuba membawa pendekatan tradisional dan humanistik bagi menarik kembali perhatian guru kepada pementoran.
Seni pementoran terletak pada kekuatan kemahiran inter-personal dan kompetensi mentor dalam pelbagai bidang yang relevan kepada keperluan mentee. Buku ini juga menyediakan panduan merancang, mengurus pelaksanaan program mentor mentee.
Salam mesra daripada pengarang
Salhah Abdullah & Ainon Mohd. |