Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Kaedah Mengajar Sains

Kaedah Mengajar Sains


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Kaedah Mengajar Sains
Pengarang Mohd. Ali Samsudin
Kategori Pendidikan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM20.00
Sinopsis Panduan memahami strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi konsep-konsep sains.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur, alhamdullillah kerana dengan izinNya buku ini dapat disempurnakan. Buku ini dihasilkan dengan harapan dapat di-jadikan panduan dan pencetus idea kepada guru dan bakal guru bagi mengetahui dan memahami beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi pengajaran konsep-konsep sains. Strategi-strategi yang dicadangkan ini menekankan penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pe-nekanan ini sejajar dengan pandangan konstruktivisme yang me-nerangkan bagaimana pelajar membina makna dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kepentingan pelajaran sains.

Pendekatan pengajaran konstruktivisme ini dibincangkan dalam bab I. Bab ini disusuli dengan perbincangan berkenaan pengajaran inkuiri dalam bab 2 dan kitar pembelajarannya dibincangkan dalam bab 3 sebagai contoh pembelajaran inkuiri.

Selain mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, pe-ngajaran juga perlu berupaya membina kemahiran berfikir pelajar. Justeru, bab 4 membincangkan pembelajaran berfikrah dan disusuli dengan pembelajaran berasaskan masalah yang me-merlukan pelajar berfikir bagi mencari jawapan atau penyelesaian. Pembelajaran dapat dilakukan secara koperatif dan pendekatan ini dibincangkan dalam bab 7. Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna jika ia berkaitan dengan kehidupan harian pelajar dan pendekatan kontekstual seperti yang dibincangkan dalam bab 9 membolehkan konsep-konsep sains diketengahkah berasaskan konteks sementara pembelajaran masteri yang ditekankan dalam bab 8, memberi peluang kepada pelajar bagi menguasai konsep-konsep jika diberi masa yang mencukupi. Sejajar dengan perkembangan terkini dalam pendidikan sains, bab 6 mem-bincangkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan bab 10 membincangkan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan buku ini sedikit sebanyak dapat membantu bakal-bakal guru dan juga guru-guru dalam merancang persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pelajar aktif dalam sains. Kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan buku ini, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas kegigihan mereka.

Zurida Haji Ismail
Sharifah Norhaidah Syed Idros
Mohd Ali Samsudin
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
Universiti Sains Malaysia.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.