| Sinopsis |
Inilah koleksi peribahasa bertemakan nilai-nilai murni dikumpulkan khas untuk peringkat KBSR. Tiap-tiap peribahasa disusun di bawah nilai berkenaan. Koleki ini berguna kepada guru-guru, para pelajar, editor, pengarang buku peringkat KBSR dan para penggubal peperiksaan.Ia memiliki ciri-ciri istimewa iaitu penyususnan bertema, penggunaan semasa dan penjenisan
Buku ini disusun dengan berpandukan falsafah pendidikan negara sebagai latar belakangnya, iaitu: "Falsafah pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan".
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Buku ini disusun bagi memudahkan tugas-tugas para penggubal soalan, pemeriksa kertas jawapan, para penulis buku teks, guru-guru dan calon-calon peperiksaan. Oleh itu buku ini disusun menepati ciri-ciri buku rujukan yang berwibawa daripada segi akademiknya dan mudah pula digunakan daripada segi susunan-nya. Oleh itu buku ini memiliki ciri-ciri keistimewaan seperti berikut:
Peribahasa yang dipilih terdiri daripada bentuk-bentuk yang menepati falsafah pendidikan negara dan nilai-nilai murni. Makna peribahasa yang dipilih adalah bersifat sensitif semata-mata, sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara me-lahirkan generasi yang bersikap positif.
Peribahasa yang dipilih sesuai untuk digunakan sebagai bahan bagi semua peringkat peperiksaan SPM dan SPM. Kumpulan peribahasa dalam buku ini dipilih supaya menepati nilai-nilai murni yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, iaitu:
Baik hati
Berdikari
Hemah tinggi
Hormat menghormati
Kasih sayang
Keadilan
Kebebasan bersuara
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Kemasyarakatan
Kewarganegaraan
Bagi setiap nilai murni diberikan juga ciri-cirinya. Hanya peri-bahasa yang mengandungi ciri-ciri tersebut dipilih. Ini bagi meng-elakkan guru dan pelajar daripada mengajar dan belajar begitu banyak peribahasa yang tidak selaras dengan falsafah pendidikan. Dengan hal yang demikian kumpulan peribahasa ini menepati ke-perluan seperti berikut:
Para penggubal soalan peperiksaan KBSM dan STPM. Dengan adanya buka ini mereka memiliki bahan rujukan yang memudahkan mereka memilih bahan untuk dijadikan asas soalan latihan dan peperiksaan.
Para penulis buku-buku teks KBSM dan STPM. Dengan adanya buku ini mutu kandungan buku yang mereka hasilkan akan menepati kurikulum Kementerian Pendidikan.
Para pemeriksa kertas jawapan peperiksaan KBSM dan STPM. Dengan adanya buku ini para pemeriksa mempunyai bahan rujukan bagi menentukan makna yang betul bagi peribahasa yang terdapat dalam kertas jawapan.
Guru-guru. Dengan adanya buku ini guru-guru memiliki kutipan peri-bahasa yang menepati kurikulum KBSM dan STPM. Oleh yang demikian guru-guru tidak menghadapi masalah memilih bahan-bahan yang sesuai bagi kegunaan di bilik darjah.
Calon-calon peperiksaan. Dengan adanya buku ini calon-calon dapat menyediakan diri untuk peperiksaan dengan lebih baik. Kaedah yang digunakan untuk penyusunan buku ini adalah untuk mengadakan sebuah buku rujukan bagi kegunaan para pengguna sasaran buku ini. Oleh itu buka ini memiliki ciri-ciri teknikal yang istimewa iaitu:-
Penyusunan bertema. Buku ini disusun menggunakan nilai-nilai murni sebagai tema. Nilai-nilai murni itu dijadikan tema penyusunan peribahasa yang dipilih. Sebagai contoh, semua peribahasa yang membawa makna baik hati dikumpulkan di bawah tajuk tema tersebut. Bagi tema yang mempunyai banyak peribahasa, tema tersebut diberikan pembahagian kepada tema yang lebih khusus. Sebagai contoh di bawah tema hemah tinggi diberikan tema khusus pandai bawa diri, pandai menjaga hati, sopan dan amanah.
Penggunaan semasa. Peribahasa yang terkandung dalam buku ini juga mengambil kira kesesuaiannya dengan penggunaan semasa. Jadi setiap peribahasa diberi definisi semula dalam bahasa Melayu yang digunakan pada hari ini. Ini akan mem-beri kefahaman yang sempurna supaya ia dapat difahami dan digunakan dengan tepat.
Penjenisan. Setiap peribahasa diberi penjenisannya, iaitu sim-pulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah.
Dengan terbitnya buku ini, diharapkan semua pihak akan mendapat suatu buku rujukan yang menepati keperluan mereka. Jumlah peri-bahasa yang terdapat dalam buku ini ialah 445 buah. Jumlah ini sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran, pembelajaran dan peme-riksaan bagi peringkat SPM dan STPM.
Dalam usaha mengumpulkan dan menyusun peribahasa untuk buku ini, didapati terdapat beberapa isu teknikal. Yang menonjol ialah kesukaran menentukan di mana sesuatu peribahasa layak di-tempatkan. Keadaan ini timbul kerana sempadan makna antara tema-tema nilai-nilai murni adalah saling bertindan. Dengan erti kata lain terdapat peribahasa yang boleh ditempatkan di bawah pelbagai tema nilai-nilai murni. Sebagai contoh, peribahasa di bawah tema kemasyarakatan boleh juga dimasukkan di bawah tema kerjasama. Begitu juga peribahasa di bawah tema kerajinan boleh dimasukkan di bawah tema berdikari.
Demi tujuan praktikal semata-mata, peribahasa yang boleh men-duduki pelbagai tempat diletakkan di bawah satu tema sahaja. Suatu isu lain yang kami temui dalam usaha mengumpulkan peribahasa untuk buku ini ialah kenyataan bahawa kami tidak menemui peribahasa yang sesuai untuk tema kebersihan fizikal dan mental serta tema kebebasan bersuara. Kami harap kekurangan ini dapat diperbaiki oleh daya usaha para pengguna buku ini. Insya-Allah, kami akan terus membuat penyelidikan bagi memperbaiki buku ini dalam edisi akan datang.
Di sini kami mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada Cik Khadijah Abdul Rahman, Puan Zuraidah Zamzam dan Puan Jamaayah Muhamad yang bertugas sebagai pembantu pe-nyelidik projek ini, kami ucapkan terima kasih atas ketekunan mereka. Dirakamkan juga penghargaan untuk pengurusan PTS Consultants Sdn. Bhd. yang membiayai sepenuhnya kos pe-nyelidikan dan pembangunan manuskrip ini.
ABDULLAH HASSAN MA. (Mal.) Ph.D (Edin.)
AINON MOHD. M.A. (Leeds)
2004 |