Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Kamus Bahasa Melayu-Perancis

Kamus Bahasa Melayu-Perancis


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Kamus Bahasa Melayu-Perancis
Pengarang Mohd Zaidi Basir
Kategori Pendidikan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM23.00
Sinopsis Kamus Bahasa Melayu-Perancis khas sebagai rujukan lengkap untuk para pelajar, pendidik, ibu bapa, pelancong, penterjemah, dan ahli perniagaan.

Idea untuk menerbitkan kamus MALAYU-PERANCIS ini telah lahir sejak dari tahun 1996 lagi iaitu ketika penulis sedang mengikuti pengajian di Perancis.

Pada asalnya tujuan kamus ini dihasilkan adalah untuk memudahkan penulis menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Perancis di bilik darjah. Namun, keinginan yang mendalam untuk menghasilkan sebuah kamus MELAYU-PERANCIS yang lengkap telah mendorong penulis untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Semangat untuk menghasilkan kamus ini semakin membara dalam diri penulis setelah kembali ke sekolah pada tahun 1998 apabila melihatkan pelajar-pelajar beliau sering menghadapi masalah untuk mendapatkan makna bagi sesuatu perkataan khususnya ketika mereka melakukan kerja atau latihan secara bersendirian.

Sejak dari itu usaha untuk mengumpul dan menyusun kosa kata Bahasa Melayu serta maknanya dalam Bahasa Perancis telah dilakukan secara beransur-ansur dari awal hingga akhir.

Pada mulanya, perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu telah dicari, kemudian makna perkataan dalam Bahasa Perancis dipadankan dengan perkataan-perkataan tersebut. Bagi memperolehi makna yang paling tepat, penulis telah menggunakan pelbagai sumber seperti kamus Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Kamus ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk mempelajari Bahasa Perancis dan juga Bahasa Melayu dengan berkesan. Kamus ini juga diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukannya seperti para pelancong, ahli perniagaan, penterjemah dan sebagainya.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.