| Sinopsis |
Kamus Peribahasa Inggeris - Melayu ini adalah sebuah himpunan peribahasa Inggeris yang lazim digunakan dalam pertuturan dan tulisan, yang ada persamaannya dengan peribahasa Melayu.
Perkataan peribahasa disebut proverb atau saying dalam bahasa Inggeris. Peribahasa biasanya digunakan oleh generasi lama dalam perhubungan dan interaksi lisan lebih daripada tulisan. Tetapi dengan adanya perkembangan media cetak, peribahasa Inggeris telah berkembang hingga termasuk di dalamnya kata-kata bestari yang diucap oleh penulis dan pemikir agung daripada bahasa-bahasa lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Peribahasa yang selari daripada bahasa-bahasa lain turut memperkayakan bilangan peribahasa Inggeris.
Peribahasa adalah perhiasan bahasa. Peribahasa yang baik tidak akan hilang ditelan masa. Karam Singh Walia seorang wartawan TV3 ber-semangat dan sering menggunakan peribahasa Melayu pada akhir laporan-nya. Apa yang menariknya, pemilihan peribahasanya cukup memberi impak kepada penonton.
Peribahasa Inggeris di dalam buku ini disusun mengikut abjad dan ditulis dengan cetak tebal. Maksudnya ditulis di bawahnya. Dalam banyak hal, peribahasa Inggeris yang tidak ada maksud berlapis amat mudah difahami, walau bagaimanapun contoh penggunaannya diberi dalam bahasa Inggeris. Peribahasa Melayu yang sama maksudnya dengan peribahasa Inggeris itu dimasukkan di bawah ayat dan ditandakan dengan pb iaitu peribahasa dihujungnya.
Sebagai contoh:
A leopard can’t change his spots.
People can/t change his basic nature or character.
“You’ll be surprised to see his room very untidy, like the days when he was a bachelor.” “Well, a leaopard can’t change his spots.”
Jejak boleh dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. pb
He that would eat the kernel must crack the nuts.
If you don’t work hard enough, you will not achieve your goal.
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan boleh dapat sagunya. pb
Suatu yang menarik diperhatikan dalam peribahasa Melayu apabila ter-dapat banyaknya variasi pengucapan bagi sesuatu peribahasa. Pelbagai usaha dibuat bagi mencari peribahasa yang paling sesuai yang dianggap sama maksudnya dengan versi peribahasa Inggeris. Bagaimanapun se-setengah peribahasa Inggeris lebih merupakan kata-kata bestari yang hanya perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Sebagai contoh:
A journey of a thousand miles must begin with a single step.
Perjalanan beribu batu harus dimulakan dengan langkah pertama. pb
Peribahasa Inggeris tidak semestinya berasal daripada bahasa Inggeris tetapi sudah begitu lumrah digunakan dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain. Kata orang, kelucuan seseorang menjadi kebijaksanaan orang lain.
Di bahagian akhir buku ini disediakan indeks bertema bagi memudah-kan pembaca membuat rujukan silang peribahasa Inggeris yang diberi.
Kamus dwibahasa ini bertujuan khusus bagi mereka yang ingin menguasai kedua-dua bahasa, Melayu dan Inggeris, terutama dalam per-bualan dan penulisan. Kamus ini amat berguna khususnya kepada guru, pelajar, wartawan, penulis, dan penterjemah bahasa Inggeris dan Melayu.
Shamsuddin Ahmad
Julai 2007 |