| Sinopsis |
Membina impian tidak sesusah untuk mencapainya, tetapi menuntut kegigihan dan semangat waja apabila kehidupan mula dijerat dengan pelbagai musibah tanpa diundang.
Kematian bapa yang tidak terduga, ikut merubah rentak hidup Harlina. Dia menumpang kasih dengan keluarga angkat, tetapi hidupnya bagaikan melukut di tepi gantang, sekadar seadanya tanpa perhatian dan bimbingan. Meskipun lemah dalam pelajaran, dia bertekad memasuki sekolah elit, MRSM bagi menikmati suasana kehidupan dan pembelajaran yang lebih teratur.
Pelbagai halangan ditempuh, akhirnya dia berjaya juga ke MRSM dan melanjutkan pelajaran ke universiti memenuhi impiannya yang digenggam kental selama ini bagi menjadi seorang doktor. |