| Sinopsis |
Dari Kepala Batas ke New Haven, suatu pementasan hidup perjuangan anak muda dalam mengejar cita-cita dan impian. Hidup ini suatu perjalanan yang hebat, dan kehebatan itu hanya terserlah selepas impian tercapai melalui suatu rentetan suka dan duka.
Harapan dan bantuan daripada sanak saudara umpama harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Dibaluti segala keperitan hidup, yang dipandang hanyalah kesilapan, bukan kebaikan diri. Lalu apakah yang perlu dilakukan? Hanya kecekalan hati dan kasih sayang daripada ibu dan adik-beradik menjadi pembakar semangat untuk terus mewajai harapan dan cita-cita. |