Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

4 Agama Monoteisme

4 Agama Monoteisme


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk 4 Agama Monoteisme
Pengarang Mohd Rosmizi Abd Rahman
Kategori Agama
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM20.00
Sinopsis Buku ini membincangkan berkenaan pengenalan, sejarah perkembangan, pembawa agama, kitab suci, ajaran dan doktrin, upacara keagamaan, mazhab dan isu-isu semasa mengenai empat agama samawi atau monoteisme. Agama itu adalah Islam, Kristian, Yahudi dan Zoroaster. Ia ditulis dengan ringkas, padat dan mudah serta menggunakan pendekatan bercorak deskriptif dan sejarah bagi menyesuaikannya dengan pembaca daripada semua peringkat. Ia sesuai sebagai bacaan awal bagi mereka yang ingin mengetahui dan mendalami ilmu agama yang wujud di dunia pada hari ini.

Sinopsis
Buku kecil ini dikhususkan bagi mempamerkan ataupun membentangkan mengenai agama-agama Monoteisme seperti agama Islam, Yahudi, Kristian dan Zarathustra. Kita akan dapat melihat sejarah, ajaran dan doktrin, ritual, perayaan dan sebagainya yang diajar oleh setiap agama-agama itu.
Buku ini akan dimulakan dengan pendahuluan ringkas yang memberikan gambaran umum mengenai agama Monoteisme. Turut disertakan adalah terminologi-terminologi yang biasa digunakan dalam ilmu Perbandingan Agama. Seterusnya, kita dapat melihat secara ringkas ciri-ciri umum yang ada pada kebanyakan agama. Perbincangan utama dalam buku ini dimulakan dengan agama Yahudi dan diikuti oleh agama Kristian, Zarathustra dan agama Islam. Buku ini diakhiri oleh kesimpulan untuk kita kaji dan fikirkan kembali mengenai agama yang kita anuti selama ini.

Buku ini disajikan kepada setiap lapisan masyarakat terutamanya mereka yang dahagakan ilmu berkaitan dengan pelbagai agama. Buku ini ditulis dengan cara yang sistematik, ringkas serta mudah difahami oleh segenap lapisan pembaca. Tujuan utama buku ini adalah bagi mengupas dan membentangkan setiap aspek penting berkaitan agama-agama Monoteisme seperti mana yang dipercayai oleh para penganutnya.

Oleh itu, buku ini berguna kepada mereka yang masih tidak mengetahui mengenai agama lain khususnya agama-agama Monoteisme. Ia juga berguna kepada mereka yang masih meraba-raba dalam kegelapan beragama yang semakin hari semakin kelam diselubungi kekeliruan dan seribu pertanyaan.

Buku ini berhasrat menolong membentangkan sinaran cahaya kepada mereka yang ingin mencari jalan menuju ke arah kebenaran dalam beragama. Selain itu, buku ini dapat memberikan faedah kepada para penganut agama khususnya penganut agama Monoteisme dan kepada seluruh lapisan masyarakat dalam mengenali hakikat sebenar agama-agama yang mereka anuti.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.