| Sinopsis |
“Allah menghendaki kemudahan pada kamu dan tidak mahu kesukaran ke atas dirimu” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Penulis menghuraikan permasalahan ini berserta contoh dan membicarakan pelbagai perkara lain lagi berkenaan kesesuaian hukum mengikut waktu dan keadaan setempat. Buku ini membuka dimensi baru bagi umat Islam dalam kehidupan kontemporari dan memberikan alternatif mudah bagi mengamalkan Islam di mana sahaja. Bentuk penyampaiannya yang bersahaja dan ringan tidak seperti buku-buku fikah tradisional yang lain.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dan menjadi rakan setia bagi umat Islam yang ingin bermusafir dan juga bermastautin di luar negara. Dengan mengambil kira pendapat-pendapat ulama dan pendapat mazhab-mazhab lain disertai dengan dalil dan perbincangan, penulis mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat. |