| Sinopsis |
“Sudah bertahun-tahun saya ajak dia pakai tudung. Kenapa dia masih enggan?”
“Saya mahu kata-kata saya dapat mengubah dia menjadi baik. Bagaimana ya?”
“Bolehkah saya berdakwah tanpa perlu bercakap?”
Dakwah berkait rapat dengan pengaruh individu ke atas individu lain. Pengaruh ini mendorong orang lain menukar sama ada fikiran, perasaan, tingkah laku dan sebagainya. Penerapan teori-teori komunikasi dan psikologi moden dalam dakwah memberi faedah sebagai strategi lembut dan halus, tetapi tajam supaya Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu:
-Psikologi
-Komunikasi
Memberikan teori-teori serta tip-tip yang perlu difahami dan diketahui oleh pendakwah moden yang mahu mendorong perubahan tingkah laku lebih efektif. |