Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

7 Formula Hidup Sukses

7 Formula Hidup Sukses


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk 7 Formula Hidup Sukses
Pengarang Jaafar Muhammad
Kategori Agama
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM23.00
Sinopsis Pegangan hidup yang menentukan nilai dan membentuk sikap individu. Tingkah laku adalah cermin bagi pegangan hidup. Salah laku, disiplin diri yang rendah, menyeleweng, membazir, sombong, mudah kecewa, tidak yakin, malas, penakut dan kedekut berpunca daripada pegangan hidup yang keliru.

Segala ingatan dan puji-pujian hanya kepada Tuhan, tuan punya seluruh alam yang maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang dikasihi Nabi Muhammad pemimpin dan pendidik umat yang agung.

Sebahagian besar kandungan buku ini adalah hasil dari-pada pengalaman dan kajian saya semasa bertugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun 1988 hingga 1999. Saya menjalankan pelbagai pen-dekatan mengajar saudara baru dan berdialog dengan yang bukan Islam, berdepan dengan pelbagai latar belakang bangsa dan agama. Saya juga banyak menerima input-input pengalaman dan pembacaan ke atas kekeliruan masyarakat Islam dan bukan Islam khususnya semasa mengendalikan rancangan Dialog Tasawwur Islam di Radio Malaysia Negeri Sembilan sejak 1992 hingga 1998.

Daripada kajian dan pengalaman, saya membuat kesimpulan salah laku masyarakat Islam dan respon yang tidak baik daripada masyarakat bukan Islam ke atas Islam adalah berpunca daripada kekeliruan asas dalam kehidupan iaitu berkenaan Tuhan, tanggapan ke atas alam, manusia, kerasulan dan akhirat.

Perilaku adalah cermin kepada pandangan hidup yang membentuk nilai dan sikap individu. Kejadian salah laku, disiplin diri yang rendah, menyeleweng, membazir, anomic, sombong, mudah kecewa, tidak yakin, malas, penakut, kedekut, inferiority complex dan sikap-sikap negatif berpunca daripada pandangan hidup yang keliru. Sedangkan, tauhid dan pandangan hidup yang benar membentuk nilai dan sikap yang positif.

Sesungguhnya, manusia adalah harta Tuhan yang bernilai. Potensi dan kualiti diri manusia bergantung pada apa yang ada dalam jiwa iaitu hati dan akal. Sebagai orang kepercayaan Tuhan, kita diamanahkan supaya menjaga dan membangunkan hartanya di bumi ini.

Tuhan menyatakan dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud, “Dua punca utama manusia mengkhianati amanah Allah iaitu kesesatan hati dan kekeliruan akal.” Kesesatan yang bahaya adalah tidak kenal dan mensyirikkan Tuhan. Manakala, kekeliruan yang ketara adalah kekeliruan berkenaan kehendaknya.

7 Formula Hidup Sukses adalah modul latihan yang menggunakan pendekatan tauhid secara aplikasi dalam membangunkan harta Tuhan yang bernilai ini supaya mereka berperanan menjaga dan memajukan harta Tuhan yang lain dengan baik dan betul iaitu sesuai dengan kehendaknya.

Saya banyak menerima maklum balas daripada sahabat-sabahat yang mengatakan 7 Formula Hidup Sukses berkesan sebagai asas pengurusan nilai dan budaya organisasi. Khususnya dalam membentuk pandangan hidup dan cara berfikir.

Modul ini pernah dijadikan sebagai asas kepada pelaksanaan Pengurusan Strategik Transendental oleh Koperasi Belia Islam (M) Bhd, asas penghayatan nilai-nilai Kristal Telekom Selangor, asas pembinaan team building kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan, program retreat kakitangan dan pensyarah Kolej Negeri Sembilan, asas induksi kakitangan Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) Jalan Ipoh Kuala Lumpur, program retreat Kampung Baru Medical Center Kuala Lumpur dan program motivasi kepada pekerja-pekerja On Semiconductor di SCG Industries Malaysia Sdn Bhd Seremban.

Bagi tujuan latihan, saya mengubahsuai tajuk, istilah dan pendekatan supaya menepati kumpulan sasar dan objektif yang ingin dicapai. Namun begitu, asasnya tidak lari daripada membangunkan pandangan hidup tauhid sebagaimana yang terkandung dalam 7 Formula Hidup Sukses.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.