| Sinopsis |
Islam mempunyai undang-undangnya yang tersendiri. Undang-undang Islam amat berbeza daripada undang-undang Barat. Undang-undang Barat dicipta oleh manusia, manakala undang-undang Islam dicipta oleh Tuhan.
Sinopsis:
Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang meliputi urusan kehidupan di dunia dan akhirat. Sebagai suatu cara hidup yang lengkap, Islam dipayungi oleh Syariah. Syariah ialah segala hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril bagi disampaikan kepada sekalian makhluknya.
Syariah merangkumi hukum-hukum berkaitan akidah iaitu kepercayaan manusia kepada Tuhan Yang Esa, ibadah iaitu hukum berkaitan hubungan manusia dengan Tuhan dan muamalah iaitu hukum berkaitan manusia dengan manusia. Syariah perlu kepada ilmu Fikah iaitu suatu ilmu bagi memahami dan menjelaskan hukum Syariah yang sedia ada kepada masalah baru yang tidak ada dalam al-Quran atau sunnah dan ijmak.
Oleh itu, dalam memahami undang-undang Islam seseorang itu perlu memahami konsep syariah, objektif ia diturunkan kepada manusia, ciri-cirinya dan pertumbuhan undang-undang Islam sejak zaman Nabi Muhammad SAW sehingga hari ini. Justeru, buku ini ditulis bagi memenuhi tuntutan dan menghilangkan kekeliruan berhubung keunikan undang-undang Islam. |