| Sinopsis |
“Alhamdulillah…kami dipilih Allah bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia menentang musuh Allah di Palestin dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.” -Dr. Khalil al-Hayya.
“Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia akan dapat membantu kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Petikan pesanan HAMAS buat umat Islam di Malaysia
Buku ini mengupas sejarah pembentukan HAMAS, kronologi peristiwa-peristiwa berkaitan HAMAS dan Palestin, Intifadah dan pelbagai perkara lain berkenaan HAMAS. Selami kepayahan dan kesengsaraan perjuangan HAMAS sebelum dan selepas diberi mandat menerajui kerajaan Palestin.
Penulis buku ini bukan sekadar memperkatakan berkenaan ideologi dan matlamat perjuangan HAMAS semata-mata tetapi juga terselit seribu satu pengertian dan pengajaran buat kita, umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia. |