Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi Kemas Kini) - kulit keras

Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi Kemas Kini) - kulit keras


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Biografi Muhammad bin Abdullah (Edisi Kemas Kini) - kulit keras
Pengarang Noor Naemah Abd. Rahman
Kategori Agama
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Hardcover
Harga RM49.90
Sinopsis "... dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia... inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mahu mengenali nabi." -Zamri Zainal Abidin, Penerbit Duniaku Buku dan Sirah, radio IKIM.fm-

"Buku yang disyorkan bagi mereka yang ingin mengenali nabi dalam bahasa yang mudah difahami." -Ramji Rabi, Timbalan Pengurus Merchandising, MPH

"Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan sebagai hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad." -Maizura Mohd Ederis, Majalah Millennia Muslim

Namanya diletakkan dalam senarai teratas oleh penulis dan saintis barat Dr. Michael H. Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of The Most Influential Persons in History. Perjalanan hidupnya menjadi sumber inspirasi dan ikutan lebih daripada 1.5 bilion masyarakat Islam di serata dunia hingga ke hari ini.

Buku ini ditulis menggunakan pendekatan moden dengan gaya bercerita yang santai dan bahasa yang mudah difahami. Setiap peristiwa dilakarkan secara terperinci dan seimbang supaya pembaca dapat menghayati dan menyelami kehidupan seorang individu yang berterusan mempengaruhi sejarah dengan lebih berkesan.

Biografi Muhammad bin Abdullah menyorot sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran.

Prof. Dr Zulkifli Mohd. Yusoff adalah Timbalan Pengarah, Bahagian Pengajian Tinggi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya manakala Prof Madya Dr.Noor Naemah Abd. Rahman juga adalah pensyarah di fakulti yang sama.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.