| Sinopsis |
Seorang sarjana Islam, Abu Hanifah, pernah ditanya tentang bukti wujudnya Tuhan. Beliau berkata, “Ada sebuah kapal yang dipenuhi dengan barang-barang dan muatan. Ia belayar ke sana ke mari tanpa nakhoda dan anak-anak kapal. Segala masalah diselesaikan sendiri.” Orang lain yang mendengar berkata, “Ia tidak masuk akal.” Abu Hanifah menjawab, “Saudara semua berasa tidak logik dan tidak masuk akal. Bagaimana pula orang yang mengatakan dunia ini tidak mempunyai pencipta?”
Menjadi seorang Islam bermakna percaya dan yakin kepada pencipta sekalian alam ini dengan sepenuh hati. Seorang Islam menerima bahawa dunia dan segala isinya tidak terjadi dengan sendiri. Ia dicipta dan ditadbir oleh suatu kuasa yang maha besar, iaitu Allah.
Buku ini dengan jelas mengupas beberapa perkara utama berkaitan dengan beriman kepada Allah secara terperinci. Setiap hujah dan huraian yang dinyatakan disokong oleh nas-nas dari sumber primer yang autentik. Antara tajuk-tajuk yang dihuraikan oleh penulis adalah:
. Apakah yang dimaksudkan beriman kepada Allah
. Cara beriman kepada Allah
. Kesan apabila beriman kepada Allah |