| Sinopsis |
Mengapakah penyebaran ajaran sesat masih berlaku? Adakah tahap intelektual manusia yang semakin meningkat mempengaruhi kewujudan ajaran sesat? Apakah ciri-ciri ajaran sesat? Mengapakah ada kumpulan yang dilabelkan sebagai ajaran sesat dan ada pula yang tidak?
Sejak akhir-akhir ini, kumpulan-kumpulan ajaran sesat semakin bertambah dan bercambah seperti cendawan. Ayah Pin dan Kerajaan Langit, Al-Arqam, Nasrul Haq dan pelbagai nama lagi sudah tidak asing.
Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah tahap intelektual manusia yang semakin meningkat mempengaruhi kewujudan ajaran sesat? Apakah ciri-ciri ajaran sesat? Mengapakah ada kumpulan yang dilabelkan sebagai ajaran sesat dan ada pula yang tidak?
Dengan pengalaman dalam bidang ajaran sesat, penulis cuba mengupas dan berkongsi isu ajaran sesat khususnya di Malaysia. Dengan membaca buku ini, anda tahu:
1.Sejarah bermula ajaran sesat
2.Ciri-ciri ajaran sesat
3.Faktor-faktor tersebar ajaran sesat
4.Undang-undang yang diperuntukkan
5.Kesan ajaran sesat |