Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

40 Lukisan Hati

40 Lukisan Hati


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk 40 Lukisan Hati
Pengarang Armie Zafran
Kategori Fiksyen/Sastera/Novel
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM13.00
Sinopsis Novel remaja ini mengupas kehidupan beberapa orang pelajar kolej yang berhadapan dengan masalah persahabatan dan percintaan.

Azam pelajar pintar kursus kejuruteraan. Juga dikenali sebagai Badak alias Comot.
Rozana aka Tupai Tanah sahabat baik Azam yang sering bertengkar dengan Azam. Dia juga satu-satunya pelajar perempuan kursus kejuruteraan selepas Syakila berhenti belajar.
Syakila aka Comot menghilang sebelum sempat menghabiskan pengajian tanpa sebab yang tidak diketahui sesiapa kecuali Rozana.
Rizal, Buaya Darat yang mengharu-birukan persahabatan mereka.
Muna, bayangan Syakila yang hadir bagi melunaskan dendam yang terpendam.
“Bila masa aku janji dengan kau ni?” Selar aku kembali.
Azam terdiam, memang benar aku tidak pernah berjanji hendak memakai tudung. Azam cuma mengandaikan aku akan memakai tudung. Azam yang marah dengan perbuatan aku mula mencekak pinggang di hadapanku. Perangai Azam inilah yang membuatkan darah aku naik ke kepala.
“Rizal tak bagi aku pakai tudung, dia cakap buat apa aku nak sorokkan kecantikan semulajadiku!” Aku berterus terang dengan Azam.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.