| Sinopsis |
Status bos yang diberi memberi nilai tambah kepada pekerja yang berpengalaman dan dipercayai mengalas tanggungjawab kerja. Selain itu, kuasa yang dimiliki menjadi pelindung dan kelebihan bagi mereka yang bekerjaya meningkatkan prestasi kerja dan mengurus subordinat. Justeru itu, menjadi bos adalah idaman setiap individu. Tetapi bagaimanakah cara efektif menjadi bos pilihan ramai?
Buku ini saya tujukan kepada semua orang. Ia bukan khusus kepada mereka yang bergelar bos sahaja kerana semua orang adalah bos. Semua orang juga berpotensi dan mahu menjadi bos. Sekiranya tidak menjadi bos kepada orang lain pun, sekurang-kurangnya semua orang adalah bos kepada diri sendiri. Sekiranya anda adalah bos kepada diri sendiri, jadi yang terbaik serta dapat menyumbang kepada kejayaan sendiri. Sekiranya anda adalah bos kepada orang lain, jadi bos yang terbaik dan dihormati oleh semua. Pilihan di tangan anda. Anda yang mampu mengubah sifat, kelakuan, tingkah laku, jenis dan tabiat anda sendiri. |