| Sinopsis |
Mengisahkan pergaduhan yang tercetus antara pelajar yang menggelar diri mereka The Size ‘S’ dengan tiga orang pelajar gemuk dari Kelab Size XL.
Edrina, Umi dan Widya adalah pelajar yang cemerlang tetapi bentuk badan yang gemuk membuatkan mereka rendah diri. Apatah lagi, mereka diejek.
Pergaduhan ini sampai ke pengetahuan pengetua sekolah mereka lalu satu hukuman dilaksanakan. The Size ‘S’ terpaksa bertindak sebagai mentor bagi membantu Kelab Size XL menurunkan berat badan.
Akhirnya, mereka berbaik dan menubuhkan The Normal Size. |