| Sinopsis |
Pelbagai ancaman yang dilakukan oleh Maximus semata-mata bagi membalas dendam pada Aizad. Selepas mengarahkan Razzi iaitu anak murid Maximus supaya menghapuskan Aizad dan percubaannya itu gagal, Maximus dan Bomoh Gasar merancang pula melepaskan Screaming Death kemudian mempergunakannya bagi memerangkap Aizad.
Aizad termakan dengan hasutan Screaming Death apabila Screaming Death berjaya menyamar sebagai Ahadiat Ahmadi iaitu ayah Aizad yang dipercayai meninggal suatu ketika dahulu.Aizad hampir hanyut dengan rasukan Screaming Death. Segala suruhan dilaksanakannya. Sedikit demi sedikit tenaga psikiknya lemah. Namun, perancangan Maximus berjaya dipatahkan lagi apabila Hang Tuah muncul bagi menyelamatkan anak muridnya, Aizad daripada terus dihasut oleh Screaming Death.
Akhirnya pertarungan psikik diadakan bagi menyaksikan kehebatan di antara Aizad dan Maximus. Pertarungan ini disaksikan oleh Hang Tuah dan Zwart Hagala serta semua golongan Hevignas dan Goedic.
Siapakah yang tumpas dan siapakah yang menang? |