| Sinopsis |
Ini adalah buku pertama untuk Siri Perjalanan Penyiasatan Prince (3P). Mengisahkan sekumpulan penduduk bandar Hillvalley yang terpilih menyertai pertandingan mencari harta karun di Istana Tinggalan yang terletak jauh di dalam hutan.
Salah seorang peserta adalah Prince bersama 10 orang peserta lain. Semasa berada di sana, seorang demi seorang mati dalam keadaan dahsyat dan mencurigakan. Prince berusaha mencari rahsia sebenar di sebalik kematian rakan-rakannya. |