Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Mengurus Diri dan Masa

Mengurus Diri dan Masa


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Mengurus Diri dan Masa
Pengarang Nurul Aini K. Azhari
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.90
Sinopsis Ramai yang kata mereka pandai urus diri dan masanya. Betul ke?

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan buku ini khas untuk golongan remaja. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada bapa saya, Encik Khairul Azhari Hj. Abdul Majid dan ibu saya, Puan Kursiah Hj. Abdul Hamid yang banyak memberi sokongan moral mahupun teknikal. Tidak lupa juga kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi membantu usaha menyiapkan buku ini. Semoga semua memperoleh manfaat di dunia dan akhirat.

Buku ini ditulis adalah terdorong daripada rasa keinsafan dan kesedaran untuk turut bersama-sama memberi panduan dan bimbingan kepada sebilangan golongan remaja yang masih kabur dalam pengisian zaman remaja. Masih ramai di kalangan remaja yang terumbang-ambing dalam aspek menguruskan masa secara lebih berhemah dan berkualiti. Malah ada remaja mengalami tekanan perasaan kerana dibebani dengan berbagai komitmen. Gejala ini jika tidak ditangani dengan betul sejak awal mampu mengundang pelbagai permasalahan yang lebih kompleks pada masa akan datang. Namun, tidak dinafikan masih ada remaja yang mampu mengurus masa mereka secara berkualiti dan teratur walaupun terpaksa memikul pelbagai komitmen. Kenapa wujud keadaan begini?

Ia bertitik tolak daripada aspek teknik seseorang individu mengurus masa. Apabila ia diuruskan dengan penuh berhikmah dan mengikut konsep yang betul, sudah tentu masalah ini disedari dan dapat diatasi dari awal. Setiap remaja mempunyai kebolehan dan kemampuan tersendiri. Namun begitu, tidak semua yang berkeupayaan mengenal dan meneroka kebolehan dan keistimewaan yang terdapat dalam diri mereka sendiri.

Semuanya bermula dengan aspek mengurus masa. Mudah-mudahan dengan panduan yang terdapat di dalam buku ini sedikit sebanyak dapat membantu para remaja dalam mengatur kehidupan yang penuh dengan cabaran ini dengan lebih yakin dan berjaya. Semoga usaha ini mencapai matlamatnya dengan izin Tuhan.

Kenapa anda Perlu Membaca Buku Ini?

Masyarakat kita masih jauh tertinggal dalam aspek pembacaan, terutama buku-buku ilmiah, jika dibandingkan dengan masyarakat negara barat. Apabila diajukan beberapa persoalan mengenai jumlah buku-buku yang telah habis dibaca, maka tidak hairanlah sebahagian besar jawapan yang diberikan agak mengecewakan.

‘Penatlah’
‘Tak berminat’
‘Tak ada masa’
‘Sibuknya’
‘Tertekannya’
‘Tak tahan lagi’

Situasi dan jawapan seperti ini sering kali kita dengar ataupun alaminya sendiri. Ini semua berlaku akibat kekangan masa yang dialami, walaupun sebahagian daripadanya berjaya mengatasi kekangan masa itu. Bagaimana caranya? Masa yang dianugerahkan Tuhan kepada kita adalah sama, iaitu 24 jam sehari setiap orang. Namun, cara mengendalikan masa itu dapat membezakan kualiti dan penghasilan kerja seseorang. Perlu diingat, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Setiap hari usia kita akan meningkat. Setiap detik 'stok’ usia kita turut menyusut. Ia membawa bersama perubahan mental dan fizikal. Masa Remaja adalah ‘zon ekslusif’ yang tersangat penting bagi setiap manusia. Banyak detik dan peristiwa penting berkisar di peringkat usia ini. Pengisiannya perlu diatur sebegitu rupa. Pernahkah anda melihat seseorang itu akan semakin muda usianya? Sudah tentu tidak.

Maka jelaslah di sini pengurusan masa adalah aspek yang perlu dititikberatkan bagi menjamin remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Berdasarkan pengalaman saya, masih ramai orang yang tidak dapat memperuntukkan sepenuh masanya dengan perkara yang berfaedah, khasnya remaja.

1. Bagaimana dengan akademik saya?
2. Kertas kerja untuk persatuan belum disiapkan lagi.
3. Bila masa saya untuk bersama rakan dan keluarga?
4. Saya perlukan hiburan. Saya tak sempat makan. Saya perlu bekerja untuk menampung kos pelajaran. Masa tidur saya tak terurus. Saya tertekan! Saya dah tak sanggup nak tanggung semua ini!!

Inilah antara situasi yang sering melanda remaja. Semua ini cuba dikupas oleh penulis secara mudah difahami dan dapat memberikan serba sedikit panduan jika diamalkan dan difahami isi kandungan buku ini.

Bagaimana Anda Boleh Memanfaatkan Buku ini Sepenuhnya?

1. Niat ikhlas kerana Tuhan apabila membaca buku ini.
2. Baca setiap bab dengan teliti. Fahami sepenuhnya sebelum berpindah ke bab yang lain.
3. Mengaplikasikan tip-tip penting dan berguna dari buku ini ke dalam kehidupan seharian.
4. Rehatkan fikiran sambil membaca.
5. Dengan membaca buku ini, anda bukan mengumpul maklumat, tetapi mencari jalan memulakan hidup yang lebih bermakna.
6. Catatkan di belakang buku ini perubahan yang anda lakukan bagi memastikan masa anda lebih berkualiti. Catatan mestilah spesifik, tarikh, apa bentuk perubahan dan hasil yang diperoleh. Ia membantu anda membuat keputusan pada masa akan datang.
7. Langkah terakhir sekali, lakukan perubahan hanya kerana Tuhan. Bukan kerana sesiapa atau sebab selainnya.

Dengan izin Tuhan, buku ini dapat membantu anda dalam merealisasikan hasrat agama, bangsa dan negara. Ingatlah, kadangkala kita perlu melakukan perubahan. Setiap perubahan pula memerlukan pengorbanan. Anda yang menentukan langkah dan hala tuju diri anda sendiri.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.