Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat

Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Chit Chat Remaja Mengenai Sahabat
Pengarang Mohd Fadzli Abu Bakar
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.90
Sinopsis Anda kata anda mahu sahabat sejati. Tapi adakah anda sendiri sahabat sejati?

Sahabat adalah perangsang, penghibur, pembentuk dan segala-galanya di dalam hidup ini. Hanya yang membezakan sedikit atau banyaknya memperoleh manfaat persahabatan itu adalah bergantung pada ramainya sahabat di kalangan teman-temannya dan bagaimana dia menghayati hubungan persahabatannya untuk dimanfaatkan.

Mengapa perlunya saya mengaitkan hal ehwal persahabatan ini dengan motivasi remaja?
Jawapannya adalah kerana kehidupan remaja hampir keseluruhannya banyak melibatkan hubungan persahabatan. Dengan itu, persahabatan mempunyai hubungan yang signifikan dalam pembentukan peribadi seseorang di peringkat muda remaja. Begitu juga dengan banyak meramalkan keadaan masa depan kita.

Pada peringkat kanak-kanak, kita lebih banyak dibesarkan dan hidup dalam lingkungan serta didikan ibu bapa. Pada peringkat inilah dikatakan anak-anak itu ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Sikap dan motivasi seorang itu adalah benar-benar datang daripada didikan ibu bapanya.

Seterusnya bagi mereka yang berada di peringkat remaja, kehidupan dan kehendak mulai berubah apabila manusia mula memiliki sikap suka berdikari mengurus diri dan mempunyai kehendak serta keperluan menggali pengalaman hidup dengan sendiri. Pada peringkat itu juga remaja yang berada di peringkat persekolahan menengah dan pengajian tinggi mula cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa malah mereka digalakkan untuk cuba hidup sendiri.

Selain itu, perkembangan-perkembangan biasa yang dilalui oleh seorang remaja menjadikan remaja itu memerlukan pengaruh yang sihat dan bermanfaat.
Perkembangan yang membebankan termasuklah perkembangan mental, fizikal, emosi, bahasa dan sosial. Di dalam perkembangan ini, krisis di dalam diri remaja itu terjadi kerana dia cuba memperoleh identiti dan perkembangan personaliti pada masa itu. Sahabat adalah mereka yang boleh menarik perhatian untuk dijadikan sebagai pilihan gaya ikut-ikutan yang akhirnya akan terus menjadi personaliti kehidupan.

Dari sudut membangkitkan motivasi pula, sahabat adalah golongan yang mengisi kekosongan jiwa di samping dengan mengingati Tuhan dari sudut sebagai seorang hamba. Justeru, semangat yang diperoleh di samping meminta pertolongan daripada Tuhan adalah dorongan serta rangsangan sahabat.
Remaja lebih berani apabila merasakan apa yang dilakukannya tidak berseorangan dan disokong. Seseorang remaja jarang untuk berani tampil melakukan sesuatu yang dianggap besar. Mengejar sebuah kejayaan yang tinggi itu juga lebih lancar dan ceria sekiranya ditemani sahabat.

Alangkah baik sekiranya kesetiaan persahabatan itu digunakan untuk melakukan kebaikan dan khidmat kepada masyarakat. Masyarakat hari ini memandang dan mengharapkan sumbangan mereka. Masyarakat pasti kukuh sekiranya hubungan persahatan juga utuh.

Persahabatan itu sepatutnya diserapkan dengan nilai-nilai murni. Iaitu adab-adab kesopanan dan hormat-menghormati sesama manusia, kebersihan jiwa daripada sebarang penyakit hati, motivasi yang membangun semangat ke arah kebaikan serta kejayaan dan pembentukan sikap peribadi yang tinggi.

Teknik menghadapi konflik juga perlu diketahui supaya ketidaksefahaman yang sifatnya lumrah di dalam persahabatan itu tidaklah semakin memudaratkan. Biarlah hubungan persahabatan itu kekal dan semakin lama. Semakin lama ia terjalin, semakin bernilailah ia. Janganlah kerana hal yang kecil, persahabatan yang terjalin bertahun-tahun lamanya itu terhapus hanya dalam sehari.
Semoga apa yang kita renungkan bersama-sama ini dapat dimanfaatkan sebanyak mungkin. Mana yang baik itu, ambillah ia dengan sungguh-sungguh. Apa yang dirasakan kurang tepat, janganlah terus diluah dan apa yang buruk itu harap dijauhkan. Apa yang baik itu segalanya daripada Tuhan dan yang buruk itu adalah kelemahan daripada diri kita sendiri sebagai seorang manusia.

Mohd Fadzli Abu Bakar
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.