Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Memimpin ataupun Terpimpin

Memimpin ataupun Terpimpin


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Memimpin ataupun Terpimpin
Pengarang Robiah K. Hamzah
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.90
Sinopsis Buku yang mengemukakan panduan dan bimbingan asas kepada golongan remaja khususnya dan semua anggota masyarakat umumnya yang berminat terlibat dalam persatuan.

Organisasi yang tiada pimpinan utuh ataupun kelompok yang tiada pemimpin umpama tubuh tanpa kepala, yang mudah menjadi sesat, panik dan kacau bilau. Sebahagian besar manusia memerlukan pimpinan. Kepimpinan adalah salah satu ciri sebuah organisasi. Organisasi adalah suatu kelompok orang yang sedang bekerja bersama-sama ke arah tujuan yang sama di bawah satu kepimpinan. Antara kelompok-kelompok masyarakat yang perlu wujud adalah kelompok organisasi remaja kerana mereka akan menjadi belia yang seterusnya akan menjadi dewasa, iaitu mengambil alih pentadbiran negara dan menikmati hasil wawasan negara.

Kelompok yang maju, baik dan prihatin akan berusaha membentuk masyarakat yang berkualiti tinggi. Menyedari betapa pentingnya golongan remaja dibimbing dan diperkayakan dengan ilmu dan pengalaman pemimpin, penulis terdorong untuk menyentuh soal ini dalam bentuk yang mampu difahami oleh semua golongan masyarakat.

Buku Memimpin ataupun Terpimpin ini mengemukakan panduan dan bimbingan yang asas kepada golongan remaja khususnya dan semua anggota masyarakat umumnya yang berminat dan terlibat dalam persatuan di peringkat jawatan, kementerian ataupun pertubuhan sukarela di peringkat kawasan, zon dan cawangan di tempat tinggal mereka.

Untuk itu, bahagian 1 mengupas konsep kepimpinan dan kepemimpinan dalam organisasi atau persatuan dan diikuti dengan huraian konsep persatuan atau organisasi. Maklumat ini diharapkan dapat merangsang individu untuk cuba memahami dan mengamalkan pengetahuan ini secara amali di peringkat mereka sendiri, secara kecil-kecilan, bermula daripada bentuk tidak formal ke bentuk formal, bermula dengan aktiviti kecil-kecilan sehingga ke bentuk projek korporat suatu hari nanti, dengan izin Tuhan.

Selepas memahami konsep utama, kepemimpinan, kepimpinan, pemimpin dan persatuan, buku ini memaparkan pula panduan menubuhkan persatuan. Pemaparan ini meliputi contoh perkembangan, peranan dan fungsi jawatan dalam persatuan. Dengan maklumat ini, remaja dan individu yang terlibat dapat memantapkan ilmu dan kemahiran yang ditimba di sekolah, dalam aktiviti harian untuk digabungkan dan dimantapkan ke dalam aktiviti persatuan yang lebih sistematik bagi memenuhi tujuan dan keperluan kelompok mereka, masyarakat dan negara.

Bagi melincinkan lagi pengurusan persatuan, disediakan panduan umum untuk menguruskan persatuan daripada segi pentadbiran, sistem fail dan pengurusan kewangan persatuan. Maklumat ini membolehkan remaja lebih cepat berdikari dalam pengurusan persatuan yang lebih teratur.

Salah satu perkara yang dianggap sulit oleh remaja untuk dipelajari, difahami dan dilaksanakan dalam mengendalikan sebarang persatuan adalah yang berkaitan dengan mesyuarat. Oleh itu, bahagian 4 buku ini menyediakan bahan dan panduan dalam membantu remaja melayakkan diri menjadi pengendali mesyuarat secara teratur dan sistematik ataupun berbincang secara tidak formal dengan kelompok rakan walau di mana sahaja mereka berada. Senarai tugas yang patut dilakukan semasa berada dalam mesyuarat juga disediakan. Bimbingan seperti ini akan membuat remaja tidak berasa takut, bimbang dan berselisih faham apabila berada dalam mesyuarat persatuan.

Bahagian 5 memberi panduan untuk mencapai hasrat itu. Tugas merancang lebih mudah sekiranya maklumat ini digunakan dalam perancangan berbentuk peribadi terlebih dahulu. Merancang akan menjadikan setiap individu itu hidup. Hidup yang tidak dirancang adalah sia-sia dan menyulitkan.

Oleh itu, diharapkan panduan ini dapat menyuburkan minat remaja untuk berkhidmat dalam sebarang pertubuhan demi berbakti kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Remaja yang bergabung dalam ikatan persatuan akan berasa dirinya diperlukan, dihargai dan dinantikan. Remaja perlu memulakan langkah meneroka dunia dengan lebih matang dan mencabar dunia yang memerlukan sumbangan kita bagi membolehkan kita hidup bahagia di dalamnya.

ROBIAH KULOP HAMZAH
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.