Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Menjadi Pengurus Diri Efektif

Menjadi Pengurus Diri Efektif


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Menjadi Pengurus Diri Efektif
Pengarang Robiah K. Hamzah
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM12.00
Sinopsis Remaja lebih mudah mengurus diri mereka dalam kehidupan seharian. Dengan adanya buku ini, remaja mendapat rujukan yang lebih baik lagi.

Bimbingan Menjadi Pengurus Diri Efektif untuk remaja ini adalah panduan asas membimbing golongan remaja supaya mahir mengurus diri semasa bersama-sama keluarga, rakan-rakan di sekolah, di luar sekolah, dalam persatuan serta dalam pertemuan dan perjumpaan formal ataupun tidak formal. Remaja yang unggul adalah remaja yang bersopan santun dan berbudi bahasa dengan penampilan diri yang menarik dan menyenangkan orang yang berada di sekeliling mereka. Kemahiran mengurus diri ini perlu dipelajari secara sedar dan diamalkan di rumah, dimantapkan di sekolah serta diamalkan oleh seluruh masyarakat.

Remaja yang terurus dapat ditentukan, dilihat dan dirasakan sebaik sahaja dia berada dengan orang lain. Apakah anda berasa dihargai dan disukai oleh orang yang berada di sisi anda? Sekiranya anda merasakannya, anda insan yang bertuah. Namun yang paling penting adalah apakah anda mempunyai perasaan menyayangi dan menghargai mereka. Kalau perasaan ini wujud, bermakna anda sudah mempunyai sedikit asas penampilan diri yang berkualiti. Ini kerana sikap pertama orang yang berperibadi berkualiti adalah memikirkan orang lain yang berada di sekeliling mereka. Sekiranya anda belum lagi rasa disukai, disayangi dan dihargai, ini bermakna anda perlu terus membaca kandungan buku ini.

Kesedaran dan amalan memikirkan perasaan orang lain perlu diasuh dari rumah, dalam keluarga iaitu sekolah pertama setiap insan. Ini disentuh dalam Bab 1 buku ini. Bab ini menjelaskan mengapa pengurusan diri penting. Bab 2 memaparkan asas pembentukan peribadi yang ungul. Bab 3 berkaitan dengan sikap memikirkan orang lain di rumah. Bab 4 pula memaparkan cara menyayangi keluarga.

Masa persekolahan meliputi sebahagian besar dunia remaja. oleh itu, dalam Bab 5 dibekalkan panduan menjadi pelajar yang unggul. Jiran adalah rakan yang paling hampir dengan keluarga. Dalam Bab 6 disediakan panduan untuk menyayangi dan disayangi jiran. Bab 7 pula berkenaan cara berkenalan. Aksi kita di meja makan menjadi ukuran peribadi kita. Oleh itu, dibekalkan panduan yang sesuai dan tidak sesuai dilakukan semasa makan dalam Bab 8. Selalunya, remaja mempunyai ramai kawan dan sering menghadiri jamuan seperti jamuan hari lahir. Oleh itu, panduan menjadi tuan rumah dan tetamu di majlis jamuan dibekalkan dalam Bab 9. Dalam Bab 10 dinyatakan juga amalan baik semasa bercakap melalui telefon, diikuti dengan kesopanan menulis surat dalam Bab 11.

Bab 13 memperlihatkan perlakuan bersopan semasa di pusat membeli-belah, di dalam kenderaan awam dan semasa menaiki teksi. Bab 14 dan 15 memberikan petunjuk bagaimana menyayangi diri sendiri dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa. Ini penting kerana orang yang tidak menyayangi dirinya dan tidak tahu berbakti kepada ibu bapa adalah orang yang sukar berjaya dalam hidup. Oleh itu, kita perlu berlatih menyayangi diri sendiri dan berbakti kepada ibu bapa supaya kita menjadi remaja uang unggul. Bab 16, bab terakhir, memaparkan kata-kata pedoman yang dapat dijadikan asa pembentukan diri yang unggul.
Semoga semua remaja mendapat manfaat yang maksimum daripada buku ini. Tidak ada orang yang lebih menyayangi diri selain diri sendiri.

ROBIAH KULOP HAMZAH
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.