Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Kamceng dengan Solat

Kamceng dengan Solat


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Kamceng dengan Solat
Pengarang Mohd Zawawi Yusoh
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM13.00
Sinopsis Chatting berjam-jam boleh, tapi solat lima minit pun dah mengeluh?

Alhamdulillah, tiada sanjungan dan pujian yang berhak diucapkan selain kepada Tuhan yang maha penyayang sehingga tidak membiarkan manusia hidup tanpa petunjuk, nasihat dan peringatan.

Selawat dan salam buat kekasih paling agung yang bertanggungjawab melebarkan dakwah di serata alam, Nabi Muhammad, keluarganya yang mulia, sahabatnya yang tercinta dan pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.

Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, dapatlah kami menyiapkan buku ini. Buku ini berkisar mengenai persoalan solat yang sering kali berlegar-legar di kepala para remaja. Persoalan yang mungkin sukar ditanya oleh remaja dan dijawab oleh kebanyakan orang. Inilah antara sebab yang mendorong kami terus menulis buku ini.

Solat ibarat makanan ruji bagi makhluk yang hidup. Tanpa makanan, manusia boleh mati. Ia diambil mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Begitu juga dengan solat. Malah, kalau anda fikirkan solat ada kalanya perlu kerap dilakukan. Mengapa terjadi sedemikian? Inilah persoalan yang manusia sering kali alpa. Tujuan pertama manusia dihidupkan di dunia ini adalah beribadah kepada Tuhan. Bukan mengumpulkan kekayaan, kesenangan dan kemasyhuran. Ia adalah wasilah atau jalan mencapai tujuan iaitu mencari keredhaan Tuhan semata-mata.

Buku yang berada di tangan anda sekarang ini diolah dengan cara yang mudah iaitu berbentuk perbualan antara dua sahabat baik. Lebaran demi lebaran diselak, ditatapi dengan penuh khusyuk yang tanpa anda sedari, pelbagai jawapan yang anda peroleh mengenai solat, ibadah yang pertama kali akan ditanya Tuhan pada hari kiamat. Bahkan, rasanya anda tidak ingin berganjak dengan buku ini. Mengapa kita perlu solat? Hanya orang baik sajakah yang boleh solat? Dengan izin Tuhan, anda menemui jawapan yang ingin diketahui apabila anda menyelak halaman dalam buku ini.

Semoga usaha sekecil ini berguna dalam mendidik generasi soleh wa musleh yang akan mewarisi pimpinan berlandaskan Islam pada masa hadapan. Andai terdapat kesalahan dan kesilapan di dalam buku ini, kami mengalu-alukan cadangan dan komentar anda. Semoga buku ini menjadi teman baik anda pada masa lapang.
Sekian, terima kasih.

Mohd. Zawawi Yusoh
Siti Hasnah Hamzah
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.