Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan di Universiti

Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan di Universiti


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan di Universiti
Pengarang Khalid Mohamad Nor
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.00
Sinopsis Apakah rahsia kejayaan dalam pelajaran di sekolah? Bolehkah seseorang yang mempunyai kebolehan dan keupayaan sederhana mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajarannya? Apakah teknik belajar yang digunakan berkesan dalam mencapai kejayaan?

Salah satu dorongan menulis buku ini ialah atas kesedaran saya tentang ramainya pelajar gagal menghidupkan janji yang dibayangkan oleh kebolehan dan keupayaan mereka. Dari pengalaman peribadi sendiri, saya yakin jika pelajar tersebut mengamalkan pembelajaran berkesan mereka akan mendapat keputusan yang lebih baik.

Semasa menjadi pelajar di sekolah rendah dan menengah, saya sendiri tidak tahu mengenai kaedah pembelajaran yang berkesan. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran yang saya yang seseorang itu boleh membaca dengan pantas dan ada cara-cara untuk menguatkan penumpuan. Begitu juga bagaimana otak mengingat merupakan satu misteri. Apabila saya memasuki University of Liverpool saya diberi satu nota yang memberi nasihat bagaimana hendak belajar dengan berkesan. Saya mengamali nasihat-nasihat tersebut dan saya dapati kejayaan akademik saya amat baik sekali. Amalan tersebut saya jadikan tabiat kedua dan ini membantu saya dalam kerja-kerja akademik saya.

Pada tahun 1983, saya diundang untuk memberi ceramah mengenai pembelajaran berkesan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. Kertas ringkas yang ditulis untuk ceramah tersebut ditambah dan dikemaskinikan bagi ceramah serupa pada tahun-tahun yang berikutnya. Pada ceramah pertama saya banyak menggunakan pengalaman sendiri serta perbincangan dengan beberapa rakan akademik sebagai bahan ceramah. Tetapi untuk memperbaiki kertas permulaan tersebut saya merujuk kepada pelbagai buku dan kertas jurnal mengenai pembelajaran.

Kertas kajian dan penyelidikan mengenai pembelajaran rata-rata ditujukan kepada para sarjana dan penyelidik semata-mata. Oleh itu bahan tersebut sukar untuk difahami oleh pelajar biasa. Di samping itu jika seseorang itu ingin mendapatkan gambaran sepenuhnya ia terpaksa merujuk kepada bahan yang banyak sekali.

Terdapat banyak buku yang membincangkan mengenai kaedah pembelajaran bagi pelajar, terutamanya yang ditulis dalam bahasa Inggeris, tetapi yang ditulis dalam bahasa Malaysia sedikit sahaja. Kebanyakan buku dalam bahasa Malaysia membincangkan aspek tertentu sahaja seperti psikologi pendidikan dan ditujukan kepada guru dan bidang perguruan. Hampir tiada yang membincangkan kaedah pembelajaran yang menyeluruh untuk pandu-sendiri pelajar. Dari hakikat ini saya merasakan keperluan kepada suatu buku yang mudah difahami yang membincangkan mengenai kaedah pembelajaran berkesan.

Buku ini ditulis untuk kegunaan semua pelajar dari sekolah menengah hingga ke peringkat universiti tanpa mengira kebolehan dan juga kepada ibu bapa yang memerlukan panduan untuk membimbing anak-anak mereka. Semua yang benar dan betul dari buku ini datangnya dari Allah dan yang salah, silap dan tertinggal adalah kerana kekurangan saya sendiri.

Khalid Mohamed Nor
Januari 2002
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.