Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Chit Chat Remaja Mengenai Diet

Chit Chat Remaja Mengenai Diet


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Chit Chat Remaja Mengenai Diet
Pengarang Mohd Fadzli Abu Bakar
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.90
Sinopsis Semua remaja harus memiliki buku ini. Apa yang menarik lagi, ia ditulis khas dengan gaya kontemporari remaja di mana pembaca bakal menerokai tip-tip diet yang sihat dengan stail bersahaja. Belajar cara untuk diet yang sihat dengan kesegaran bahasa dan suasana yang santai.

“Siapa kata orang gemuk sahaja mudah mendapat penyakit? Orang kurus juga ada yang menghidap darah tinggi kerana tidak ambil berat tentang pemakanan sihat.”

“Mitos tentang diet ialah ingin menghilangkan lemak 100%. Tidak semua lemak mengundang keburukan. Kadar sihat lemak dalam badan adalah suatu keperluan kepada tubuh badan.”

“Kesan yo-yo adalah keadaan diet yang menghasilkan berat badan tidak tetap. Diet kita tidak betul jika kita mengalami kesan yo-yo iaitu mengalami pertambahan dan pengurangan berat dengan cepat dalam usaha berdiet.”

“Jangan terlalu memaksa diri untuk cepat kurus. Berat badan ideal memerlukan peruntukan masa yang mencukupi untuk memperolehinya secara kekal.”

Pelbagai persoalan tentang diet yang sihat bakal terjawab di dalam buku “Chit Chat Remaja Remaja Mengenai Diet”. Remaja perlu memahami diet bukanlah pengetahuan yang hanya mengajarkan kita tentang ‘makan’. Diet juga bukan doktrin yang digunakan sebagai suatu petua untuk kurus sahaja, tetapi merangkumi aspek nilai hidup, landasan mengisi keperluan diri dan memanfaatkannya untuk berbakti kepada alam. Sebab itulah kita akan mengatakan bahawa hidup bukanlah untuk makan, tetapi kita makan untuk meneruskan hidup.

Lantaran itu, diet bukan suatu pengetahuan yang perlu diserahkan hanya kepada orang-orang gemuk atau orang-orang yang berpenyakit sahaja. Setiap orang yang sihat dan ideal juga tidak boleh cuai mengenai kepentingan pengetahuan dan penjagaan diri. Oleh itu, diet bukanlah satu isu diskriminasi berkaitan bentuk tubuh badan kita. Sebaliknya adalah pengetahuan untuk semua.

Semua remaja harus memiliki buku ini. Apa yang menarik lagi, ia ditulis khas dengan gaya kontemporari remaja di mana pembaca bakal menerokai tip-tip diet yang sihat dengan stail bersahaja. Belajar cara untuk diet yang sihat dengan kesegaran bahasa dan suasana yang santai.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.