| Sinopsis |
Buku yang cuba mengupas jati diri remaja. Dimulai dengan keadaan diri yang ditinjau daripada segi psikologi, kehidupan romantis, masalah-masalah yang dihadapi dan diakhiri dengan cara-cara memajukan diri bagi meraih kejayaan pada masa depan dan mencapai kematangan.
Pernahkah anda cuba memahami dan mencari makna istilah ‘Zaman Remaja’ itu? Ya…. istilah yang menggambarkan fasa yang sedang anda lalui sekarang ini! Saya yakin anda memang tidak pernah memikirkannya! Apa yang anda lakukan hanyalah menjalani fasa itu dengan bergembira, tanpa mahu memahami maknanya.
Ramai orang berkata zaman remaja adalah masa yang indah. Banyak kenangan yang susah dilupakan, sama ada yang suka mahupun duka. Oleh kerana menganggapkan zaman ini indah, kadangkala orang tua juga merasakan desakan ‘rindu’ ingin kembali ke zaman muda. Bahkan, jika Tuhan mengizinkan, mereka ingin selamanya menjadi muda tanpa mengalami zaman tua.
Zaman remaja anda mula mengenal dan menyukai orang yang berlainan jantina, mengenal dan meminati berbagai jenis muzik, mengunjungi tempat-tempat hiburan dan sebagainya. Menurut ilmu psikologi, pada masa itu, anda sedang mengalami zaman pra baligh yang menyebabkan anda mengalami banyak perubahan dalam diri anda.
Secara ringkasnya, zaman remaja bermakna satu jangka masa perkembangan hidup manusia bermula apabila berakhirnya zaman kanak-kanak dan sebelum bermulanya zaman dewasa. Secara umumnya, zaman remaja ini bermula dari usia lebih kurang 11 hingga 13 tahun hinggalah usia 18 hingga 20 tahun. Namun kenyataannya, setiap orang mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Maknanya, ada orang yang mengalami fasa perubahan yang cepat dan ada yang lambat.
Mungkin anda ingin mencari makna lain berkaitan dengan remaja, selain daripada yang dikemukakan tadi. Sebenarnya memang ada makna lain. Menurut bahasa kirata-nya (dari perkataan Sunda, iaitu singkatan ‘dikira-kira nyata’), perkataan ‘Remaja’ itu dapat dipanjangkan. Ringkasan untuk ‘REMAJA’. |