Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan

Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Chit Chat Remaja Mengenai Langkah Kejayaan
Pengarang Mohd Fadzli Abu Bakar
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.90
Sinopsis Kawan, potensi untuk berjaya ada dalam diri kita. Tinggal nak ataupun tak nak. Itu saja!

Kebahagiaan yang dicari bukanlah ganjaran percuma diberikan untuk sesiapa sahaja. Walaupun penilaian itu tidak memandang rupa dan harta, terdapat penilaian yang lebih penting dan berharga iaitu berkait dengan pegangan (iman), perlakuan (Islam) dan nilai hati (ihsan). Daripada tiga sudut itulah timbulnya harta yang berfaedah berharga bagi membeli bahagia.
Demikian supaya kita faham bahawa perjalanan itu akan melibatkan banyak jalan dengan pelbagai jenis rintangan kesusahan. Di sebalik itu juga terdapat banyak keindahan yang dinikmati sepanjang perjalanan.

Kita selalu berfikir, bilalah agaknya kita akan sampai ke sesebuah destinasi atau matlamat yang dituju? Mengapa orang lain sampai terlebih dahulu; dan yang paling pelik sekali bagaimana caranya kalau kita hendak sampai ke tujuan dengan jalan mudah dan jalan paling pintas sekali.

Persoalan itu selalu difikirkan dan diungkap. Tetapi persoalan itu kalau direnung semula, menjadikan kita berfikir tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. Itulah hakikat dunia.

Nabi Muhammad pernah berkata, (“Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit” (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah).)

Perkara yang perlu berterusan bukan hanya terkongkong pada usaha yang sama setiap hari. Tetapi peningkatan hidup, diri, sikap dan usaha juga perlu berterusan kalau ingin menjadi insan unggul. Ramai orang yang hebat-hebat menciptakan peningkatan setiap hari. Kalau tidak dapat setiap hari, setiap minggu ataupun setiap bulan ataupun sekurang-kurangnya setiap tahun.

Kalau ingin berjaya, usahalah secara berterusan walaupun sedikit. Kalau ingin menjadi insan unggul, tingkatkan diri secara berterusan walaupun sedikit. Semua orang tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada pada hari ini. Setiap hari menginginkan perkara yang lain, lebih baik bahkan lebih mencabar.

Setiap hari kita perlu wujudkan sesuatu yang baru buat diri kita yang pernah gagal, membina kehidupan baru yang lebih baik daripada sebelumnya untuk bangun semula.

Yang sedih menghiburkan hati, mencipta hari baru mendatang dengan lebih ceria. Yang bersalah dan berdosa berhijrah diri ke sikap dan tingkah laku yang lebih beretika memperbaiki diri.

Begitulah halnya dalam setiap lapangan kehidupan menggalakkan kita berubah daripada keadaan yang buruk kepada baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik serta seterusnya.

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Kejayaan itu berlangkah. Bukan berlompat, bukan cakap-cakap dan bukan buat-buat. Tetapi realiti yang perlu terjadi barulah bernama kejayaan. Kejayaan pula bukan hanya satu. Tetapi kejayaan ada banyak memiliki ukuran besar kecilnya. Yang kecil terjadi daripada tiada atau terbias daripada kecil yang lainnya. Yang besar pula adalah semata-mata himpunan yang kecil-kecil.
Di sini terdapat beberapa tajuk yang boleh dikongsi bersama. Seakan-akan satu rentetan peristiwa perjalanan hidup bermula daripada hidup biasa menuju ke kejayaan hidup melalui usaha dan perubahan diri. Selepas mencapai kejayaan, perlu ada pertambahan yang seterusnya.

Semua orang ada kesedaran dan ada matlamat. Tetapi belum tentu orang yang bermatlamat itu boleh berjaya. Apa yang membezakan di antara orang yang gagal dengan yang berjaya adalah orang yang berjaya bertindak dan mengorak langkah berdasarkan matlamat sedangkan orang yang gagal hanya cakap-cakap atau fikir-fikir sahaja tentang matlamatnya.

Semua orang boleh bermulut bising tentang matlamat. Tetapi belum pasti dia boleh dikagumi kerana masih belum nampak hasilnya. Orang akan kagum dengan hasil yang telah terjadi. Bukan dengan matlamat atau perancangan yang belum nampak. Entahkan jadi entahkan tidak.

Pengalaman adalah pelajaran yang baik. Prinsip keagamaan pula adalah panduan kehidupan yang baik. Falsafah Islam menyediakan fakta yang perlu digali dan dihayati. Bukan sekadar untuk dibaca dan diikuti.

Membaca dan mengikut adalah menghasilkan perjalanan untuk mengalami sesuatu yang bermakna dalam hidup. Bukan untuk menghasilkan prinsip pemikiran dan praktikal yang tidak mahu berubah.
Jangan sangka tindakan dan perjalanan itu kosong tiada dugaan. Jangan pula sakit mengeluh lalu berundur kerana tidak tahan dengan dugaan.

Jalanlah terus dengan gigih kerana setiap kesusahan dan kesakitan itu ada manisnya. Kita perlu berani memegang duri dan kuat menyiat kulit liat, barulah dapat menikmati enaknya durian.
Hidup sebenarnya seronok dengan dugaan dan kesakitan. Manisnya terasa selepas berjaya melepasinya. Kalau semua perkara di dalam dunia ini mudah-mudah belaka, tidaklah ada keseronokannya kerana diri tidak dicabar.
Semoga dengan apa yang dibaca dapat menjadi sumber inspirasi untuk dikongsi bersama. Ambillah apa yang baik dan abaikan apa yang buruk. Sesungguhnya yang baik itu daripada Tuhan dan yang buruk itu datangnya daripada makhluk sendiri.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.