Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Menjadi Remaja Smart Study-Kemahiran Belajar

Menjadi Remaja Smart Study-Kemahiran Belajar


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Menjadi Remaja Smart Study-Kemahiran Belajar
Pengarang Osman Affan
Kategori Remaja
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.90
Sinopsis Selepas minda anda bersedia, kemahiran belajar membawa anda menuju kecemerlangan dengan lebih cepat dan mudah. Kemahiran belajar umpama sejenis kenderaan. Semakin cekap kemahiran belajar anda, bertambah pantas dan selesa kenderaan anda.

Kemahiran belajar membuat anda berasa belajar itu sebenarnya bukan sesuatu yang susah. Malah anda memahami mengapa pelajar yang cemerlang ada kalanya kelihatan seperti tidak mengulang kaji langsung. Tetapi mereka sentiasa mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Membaca jambatan ilmu. Kenyataan ini adalah benar. Membaca dapat menghubungkan anda pada ilmu yang ingin anda peroleh. Mudah sahaja. Sekiranya anda mahu pandai teknik belajar, anda boleh baca buku teknik-teknik belajar yang pantas dan berkesan.

Apabila anda mahu pandai bercakap di depan khalayak ramai, anda boleh baca pula mengenai membina keyakinan bagi bercakap dan teknik-teknik menarik perhatian pen-dengar semasa memberi ucapan. Pendek kata, banyak kemahiran yang dapat anda peroleh dengan hanya membaca kemahiran-kemahiran itu.

Buku Menjadi Remaja Smart Study - Kemahiran Belajar supaya dapat menjadi pelajar cemerlang ini adalah langkah kedua bagi menyiapkan diri anda sebagai seorang pelajar cemerlang. Langkah pertama sudah saya terangkan di dalam buku saya yang pertama iaitu Persediaan Minda untuk Menjadi Pelajar Cemerlang. Selepas minda anda bersedia, anda perlu mempelajari teknik belajar yang betul dan berkesan.

Melalui buku ini, anda bakal mempelajari beberapa teknik asas kemahiran belajar seperti teknik menghafal, teknik pengurusan masa dan teknik bacaan pantas. Teknik-teknik ini perlu dilatih supaya anda dapat menggunakannya tanpa rasa kekok. Jangan bimbang ataupun risau apabila anda tidak dapat menguasai teknik-teknik ini semua selepas mencuba buat pertama kali. Anda perlu terus mencuba kerana kemahiran belajar hanya dapat dikuasai apabila anda mencuba berkali-kali dengan bersungguh-sungguh.

Akhir kata, saya ucapkan selamat berjaya kepada anda semua. Pesan saya, praktikkan ilmu yang anda pelajari melalui buku ini supaya anda mendapat manfaatnya. Seperti kata pepatah, ilmu tanpa tanpa amal adalah umpama pokok tanpa buah. Selamat berjaya!

Salam perkenalan dan persahabatan dari saya,

Osman Affan.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.