Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Menjadi Ibu Bapa Genius Petua Luqman al-Hakim

Menjadi Ibu Bapa Genius Petua Luqman al-Hakim


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Menjadi Ibu Bapa Genius Petua Luqman al-Hakim
Pengarang Syarif Hade Masyah
Kategori Kekeluargaan/Wanita
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM18.90
Sinopsis "Selesai sahaja saya membaca buku ini, seolah-olah saya berada di sebuah kompleks perniagaan 'Mega Mall Luqman Al-Hakim'. Ungkapan dan nasihat Luqman disusun indah oleh penulis seperti susunan perhiasan kompleks dan barangan jualan yang merambangkan mata untuk saya membelinya. Semuanya berkualiti dan rugi sekiranya tidak diambil dan mengamalkannya. Buku ini juga memberikan jawapan kepada saya mengenai Al-Hakim'nya Luqman ini." -Pak Utih, Jurulatih Program Mahligai Kasih di Malaysia dan Singapura.

Anak-anak adalah permata hati yang menyerikan mahligai kasih bahagia. Lahirnya mereka daripada ketulusan dua hati yang berkasih dan ditaut dengan ikatan perkahwinan Detik-detik nan indah tergambar di wajah si ibu dan si ayah ketika menyambut kelahiran yang tersayang ke dunia. Terasa lengkap kehidupan ini dengan kehadiran mereka.

Namun begitu, berapa ramaikah di antara kita yang sudah memampatkan ilmu keibubapaan demi mendidik anak-anak tersayang? Kita pasti, ramai ibubapa yang tercari-cari modul yang efektif dan sesuai untuk mendidik si permata hati. Niatnya hanya satu, agar si anak membesar dengan sempurna dari segenap sudut; fizikal dan juga spiritual.

Luqman Hakim adalah seorang tokoh yang diberikan 'hikmah' oleh Tuhan. Hikmah; iaitu ketepatan dalam berbicara, ketepatan dalam berfikir dan ketepatan dalam bertindak. Keistimewaan dan ketokohannya sentiasa meniti di bibir zaman berzaman. Dari pembesar negara sehinggalah kepada orang biasa-biasa.

Luqman seorang ayah yang penyayang dan bijak. Ketokohannya terserlah dalam mendidik si permata hati. Beliau melihat anaknya dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Semua itu dilakukannya supaya si anak tidak jatuh ke dalam jurang kesesatan dan penyelewengan. Luqman selalu menasihati puteranya dengan nasihat yang berstrukturkan integrasi dan antisipasi. Percikan kata-katanya yang penuh hikmah meluncur dari lubuk hatinya menuju ke hati insan yang dinasihati. Ini merupakan sebuah nasihat dari hati ke hati. Tidak ada penjelasan yang boleh menandingi gaya bahasa berhikmah yang dimodifikasi oleh Quran. Akal juga tunduk pada keindahan gaya bahasa yang susunannya diperindahkan oleh Quran. Sebuah gaya bahasa artistik yang patut direnungkan dan diambil pengajaran.


Antara kelebihan yang pasti anda dapati dalam buku ini adalah:
Siapakah Luqman Hakim sebenar? Nabi atau pun orang bijak? Atau hanya sekadar “watak” yang digambarkan di dalam Quran? Kontroversi di kalangan ulama salaf ini mengundang pelbagai pendapat dan pandangan.

Bagaimana Luqman Hakim mendidik anak? Dengan panggilan yang penuh kasih sayang, untaian nasihat yang penuh hikmah, lontaran analogi bagi membimbing anak untuk berfikir, Luqman Hakim bijak mengatur kata-kata dalam membangunkan kefahaman dan jiwa si permata hati.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.