Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Membina Impian

Membina Impian


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Membina Impian
Pengarang Afifi Ahmad
Kategori Motivasi
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM17.00
Sinopsis Hidup tanpa impian adalah hidup yang kosong ataupun tidak bermakna. Hidup adalah masa hadapan dan masa hadapan bermula dengan impian. Setiap individu terus merancang dan berfikir tentang masa depan kerana hari esok akan terus dihadapi selagi ada hayat.

Hidup tanpa impian adalah hidup yang kosong ataupun tidak bermakna. Hidup adalah masa hadapan dan masa hadapan bermula dengan impian. Setiap individu terus merancang dan berfikir tentang masa depan kerana hari esok akan terus dihadapi selagi ada hayat. Malah, kematian dan hari akhirat juga berkaitan dengan masa depan. Tanpa impian, masa hadapan tidak bermakna.

Buku ini memaparkan maklumat-maklumat bermanfaat yang dapat digunakan dalam merancang masa hadapan setiap individu. Sungguhpun setiap individu melalui suratan dan nasib hidup yang berbeza, namun setiap individu mempunyai peluang yang serupa iaitu hak bagi membina impian masing-masing. Secara positifnya impian bukan angan-angan kosong, khayalan atau lamunan. Impian adalah sebahagian daripada mekanisme minda yang dapat dijanakan menjadi idea, pemikiran, perancangan dan master plan apabila ia dirancang dan dimajukan dengan sistematik.

Apabila disebut angan-angan, ramai yang berpandangan negatif terhadapnya. Sebaliknya, apabila disebut cita-cita, orang melihatnya sebagai positif. Persepsi ini wujud kerana orang melihat angan-angan sebagai satu impian yang tidak kesampaian, impian yang tidak terlaksana ataupun tidak dilaksanakan. Sebaliknya, cita-cita dilihat sebagai impian yang dirancang, dilaksanakan dengan usaha konkrit. Apabila disebut wawasan, orang melihatnya sebagai satu master plan ataupun satu idea besar, padahal wawasan juga adalah impian.

Umumnya, setiap orang mempunyai impian. Sebahagian individu meremehkan impiannya, manakala sebahagian individu serius menangani impiannya. Ada yang mempunyai impian kecil dan ada pula yang memiliki impian besar. Faktor kecil ataupun besar impian seseorang dipengaruhi oleh tanggapan, kepercayaan, pengaruh persekitaran, kemahuan, harga diri dan budaya. Individu yang berjaya adalah mereka yang menghargai impiannya, manakala orang biasa tiada impian.

Impian perlu dibina di mana benih impian yang tumbuh secara natural dalam minda perlu disiram, dibajai dan dibelai sejak zaman kanak-kanak lagi. Kajian psikologi menunjukkan kanak-kanak yang tumbuh dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang dinamik mengembangkan impiannya secara positif. Sebaliknya, kanak-kanak yang berada dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang tidak membina menunjukkan gejala yang negatif.
Impian positif perlu dibina sejak zaman kanak-kanak lagi. Sokongan dan perangsang perlu diberi kepada kanak-kanak supaya mereka dapat membina impian murni secara konstruktif dan terpimpin. Impian yang positif memudahkan mereka melalui kehidupan masa depan dengan lebih yakin dan mempercayai diri sendiri.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.