| Sinopsis |
Apabila lelaki jatuh cinta, dia bersuara dalam bahasa paling jelas, tetapi tidak kedengaran. Indah, berbunga-bunga tetapi dalam kod rahsia.
Semuanya adalah rahsia sehinggalah hari ini. Kerana saudari sudah berjumpa dengan buku ini.
Bagaimana ya,kalau lelaki jatuh cinta? Adakah
seperti pungguk rindukan bulan? Bila saja malam
menjelang, setia menanti hingga terbit matahari.
Atau seperti Majnun? Jadi gila demi sebuah janji.
Kita perlu mengenali cinta supaya ia terus dipimpin pada landasan yang betul. Landasan ilmu dan sedar akan kewujudannya penting supaya kita tahu ia bukan permainan. Salah mentafsir, maka salahlah membimbingnya. Akibatnya, ia disangka sebagai derita, sengsara tidak berkesudahan. |