| Sinopsis |
Adakah perhubungan cinta sesama manusia itu bebas daripada cabaran? Antara yang biasa kita hadapai adalah masalah cemburu, mengongkong, curang atau terlalu dingin. Adakah kita mahu lari, atau mahu menghadapinya?
Adakah perhubungan cinta sesama manusia itu bebas daripada cabaran? Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan,jawapannya tidak.Antara situasi yang biasa dihadapi oleh pasangan bercinta adalah:
-Cemburu
-Terlalu mengongkong
-Curang
-Terlalu dingin
Namun begitu, semua ini bukan persoalannya. Ia kembali kepada diri kita. Adakah kita mahu lari
ataupun berani menghadapinya. Buku ini memberi jawapan dengan gaya bahasa mudah difahami serta dibantu penerangan yang padat.
Buku ini memuatkan pelbagai jawapan bagi pelbagai pertanyaan yang pernah dikemukakan kepada penulis. Pertanyaan yang dipilih bagi dimuatkan dalam buku ini terdiri daripada dua jenis, iaitu masalah yang dikemukakan itu kerap dialami dan kedua, masalah itu masih dapat dibantu penyelesaiannya.
Buku ini disusun supaya jawapan yang diberikan kepada orang yang bertanya mudah difahami dan juga mudah diamalkan. |