Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing

Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing
Pengarang Razzi Armansur
Kategori Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM23.00
Sinopsis Pertama kali diterbitkan pada tahun 1995, tiba-tiba buku sambungan MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM ini menjadi buku laris, popular, yang terus dicari-cari sehingga hari ini. Terus-menerus diulang cetak sejak 1995! Ramai yang menyukai gaya persembahan 'pameran' di dalam buku ini, sambil dalam masa yang sama memperolehi pelbagai ilmu, panduan, teknik, cara, tip, yang boleh digunakan segera untuk mencipta kejayaan cemerlang di dalam MLM.

Buku penting ini berkonsepkan pameran. Setiap satu 'pameran' (atau bab) adalah ringkas dan padat. Jadi, dengan cepat anda membaca dan mempraktikkannya. Sama seperti buku tulisan Razzi Armansur yang lain, ia seronok dibaca, mudah dipraktikkan.

Sejumlah 101 bab berbentuk 'pameran' dipaparkan untuk anda di dalam buku laris ini, membolehkan anda mengetahui dengan tepat dan cepat 101 panduan yang boleh anda gunakan untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam MLM. Kesemua 101 panduan tersebut dikumpulkan dan ditulis berdasarkan keadaan sebenar yang terjadi setiap hari di dalam industri MLM. Hanya panduan yang dikenal pasti boleh membantu anda mencapai kejayaan cemerlang sahaja dipaparkan di dalam buku ini.

Yang pasti buku GALERI MLM ini bukan 'buku motivasi' atau 'buku semangat'. Ia adalah 'buku ilmu' yang sangat anda perlukan untuk membantu anda melaksanakan kesemua elemen-elemen penting di dalam MLM yang akhirnya membawa anda ke arah kejayaan yang anda idamkan. Buktikan sekarang!
 

 


All rights reserved 2007. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.