Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Humor Dalam Pengajaran

Humor Dalam Pengajaran


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Humor Dalam Pengajaran
Pengarang Abdul Rashid Mohamed
Kategori Motivasi
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM17.00
Sinopsis Mengajar sebagai sebuah proses membina manusia cemerlang bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai sebuah aktiviti penyampaian ilmu, mengajar memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran dalam pelaksanaannya. Penggunaan bahan humor atau kecindan sebagai salah satu elemen dalam pengajaran diyakini mampu memberi satu alternatif bagi menjadikan sesi pengajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.

Ibarat seorang tukang masak menggunakan kepakaran dan kepekaannya mencampurkan rempah dan ramuan bagi mengenakkan masakannya, begitulah juga seorang guru perlu mengerahkan segala daya kemahiran dan kreativitinya bagi menjadikan sesi pengajarannya lebih segar dan menarik perhatian pelajar-pelajarnya.

Kandungan buku ini menyentuh pengenalan kepada humor, keperluan humor dalam proses pengajaran dan pendidikan,kebaikan humor bagi minda dan kesihatan manusia, keperluan humor kepada kecerdasan emosi, jenis-jenis humor, serta aplikasi humor dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menjadi keutamaan kepada para guru iaitu orang yang paling dominan dalam perhubungan dengan pelajar di sekolah dan juga ibu bapa yang berhubung dengan anak-anak di rumah, bagi memahami keperluan, naluri, dan cita rasa anak-anak muda kita daripada aspek kognitif, psikologi dan emosi supaya pembinaan pelajar yang cemerlang daripada aspek akademik, akhlak, jasmani, dan rohani dapat dibina dengan mutlak dan sempurna.

Berasaskan senario itu, buku ini diterbitkan dengan tujuan mengajak guru-guru, bakal-bakal guru, pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai pelajaran, perancang kurikulum dan juga ibu bapa bagi mengorak minda dan menyuntik satu kesegaran baru dalam cara gaya penyampaian ilmu kepada pelajar-pelajar dan juga anak-anak di rumah.
Harapan kami semoga buku kecil ini dapat menggerakkan dunia yang lebih besar bagi melihat dari dimensi kemanusiaan mendidik dapat dilaksanakan dengan ceria dan menyeronokkan sebagai satu tugas yang mulia dan menarik. Selamat berhumor.

“Tidak akan berdiri panji-panji sutera yang keemasan itu, melainkan terdiri tiangnya dahulu.”

Sidang Pengarang
Abd. Ghani Abdullah, Abd. Rahman Hj. Abd. Aziz dan
Abdul Rashid Mohamed
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.