Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Mendorong Diri Sendiri

Mendorong Diri Sendiri


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Mendorong Diri Sendiri
Pengarang Ainon Mohd
Kategori Motivasi
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM14.00
Sinopsis Ramai individu yang berjaya dalam kehidupan adalah pelajar yang sederhana semasa di sekolah. Mereka adalah orang-orang yang pandai mendorong diri sendiri.

Individu yang gagal lazimnya menyalahkan faktor di luar diri mereka sebagai punca yang menyebabkan mereka gagal. Pelajar yang tidak lulus menyalahkan sekolah, guru dan soalan peperiksaan. Peniaga yang gagal menyalahkan pesaing, kerajaan dan lain-lain. Jarang sekali mereka menyalahkan diri sendiri. Benar, faktor luaran sedikit sebanyak mempengaruhi kegagalan, tetapi kejayaan juga didorong faktor dalaman diri sendiri.

Buku ini mengandungi idea dan strategi bagi membantu anda mendorong diri sendiri. Ia dipenuhi fakta dan hasil kajian pakar dalam pelbagai bidang. Membaca buku ini dapat mengubah persepsi anda pada definisi kejayaan dan kegagalan. Kejayaan bukan sekadar mendapat gred A, menjadi kaya ataupun memungut pingat emas. Ia lebih daripada itu. Kegagalan pula bukanlah perkara yang memalukan. Ia suatu proses pembelajaran dalam kehidupan.

Dengan memfokuskan kepada perubahan persepsi dan sikap, Mendorong Diri Sendiri memberi inspirasi kepada mereka yang ingin merealisasi potensi diri. Sesuai dibaca oleh mereka yang ingin berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan apa sahaja!
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.