| Sinopsis |
Buku ini memberi panduan, motivasi, strategi dan persepsi positif Aa Gym bagi mendapatkan kekayaan yang hakiki.
Saudara kenal Bill Gates? Pasti kenal, kerana siapa tidak kenal Bill Gates, manusia terkaya di dunia. Beliau mengasaskan Microsoft Corporation yang kini, produknya digunakan secara meluas di seluruh ceruk dunia. Mula merampas takhta manusia terkaya di dunia seawal umur 37 tahun. Namun, setelah mencapai kejayaan dalam kerjaya serta kekayaan yang tidak terhingga, beliau mengambil keputusan bersara dari syarikat yang diasaskannya sendiri. Alasannya sungguh luar biasa? Beliau ingin memberi tumpuan pada kerja-kerja sosial melalui yayasan yang ditubuhkannya iaitu Yayasan Bill & Melinda Gates. LUAR BIASA?
Percayalah, Bill Gates tidak berseorangan. Hari ini ramai CEO syarikat terkenal mula menunjukkan kecenderungan sosial yang tinggi. Tumpuan mereka mulai beralih dari duit dan material kepada nilai dan semangat sosial. Apakah maknanya? Inilah realiti hari ini, ramai jutawan mula menjiwai nilai positif dan mencari makna kehidupan selain daripada hanya fokus pada kekayaan material dan keseronokan semata-mata. Dalam erti kata lain, manusia yang sudah memiliki harta mula mencari nilai dan makna hidup yang akhirnya membawa mereka kepada agama.
Antara kelebihan yang bakal saudara dapati dalam buku ini:
Jawapan kepada persoalan; Mengapa saya harus jadi kaya?
Panduan betapa mudahnya untuk jadi kaya dalam Islam.
Teknik mencapai kekayaan hakiki, kekayaan abadi, kekayaan yang diredai.
Milikilah buku ini. Saudara pasti tidak menyesal kerana penulisnya sendiri, KH Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali sebagai Aa Gym terlebih dahulu sudah membuktikan keberkesanannya. Beliau yang dianggap sebagai ikon perubahan di Indonesia ini bukan sahaja cemerlang dalam arena dakwah bahkan dikenali sebagai tokoh perniagaan terkenal. Beliau memiliki rangkaian perniagaan yang hebat di seluruh Indonesia. Beliau yang menerima anugerah Tokoh Perubahan 2005 serta Tokoh Agama Paling Popular Seluruh Indonesia ini juga merupakan penulis prolifik dengan senarai lebih daripada 30 judul buku. |