| Sinopsis |
Anak-anak membesar, menjadi orang yang bijak pandai tetapi mereka mungkin tidak bijak mengendali wang. Semuanya kerana mereka tidak diasuh dan dididik sejak kecil bagi mengurus wang. Apatah lagi sistem persekolahan kita tidak menyediakan pendidikan kewangan kepada kanak-kanak dan ia tidak disajikan dalam rancangan televisyen. Hasilnya, mereka mengalami masalah kewangan dan sentiasa bergantung harap pada ibu bapa sepanjang masa kerana tidak mempunyai kemahiran mengurus wang.
Ramai ibu bapa berpendapat, adalah rumit bagi memberi perhatian pada pendidikan wang anak-anak apatah lagi dengan kesibukan ibu bapa bekerja. Ada pula yang menganggap pendidikan di sekolah sudah mencukupi bagi anak-anak menjadi orang yang bijak dalam semua hal. Itu salah sama sekali. Anak-anak yang tidak diajar mengendalikan wang menyebabkan mereka tidak ada tanggungjawab bagi mengurus wang apabila meningkat dewasa. |