Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)


Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)
Pengarang Ainon Mohd
Kategori Kewangan Peribadi
Penerbit PTS Publication
ISBN 9789833585519
Format Paperback
Harga RM29.00
Sinopsis Kebanyakan buku motivasi keusahawanan yang ada dalam pasaran, sebagaimana halnya dengan buku-buku motivasi lain, memberi gambaran yang tidak sebenar-benarnya mencerminkan realiti. Buku-buku itu mengatakan semua orang boleh berjaya dalam dunia perniagaan, suatu hal yang tidak benar. Realitinya, bukan semua orang mempunyai kebolehan menjadi usahawan, sebagaimana bukan semua orang boleh berjaya dalam bidang sukan, ataupun muzik ataupun politik.


Buku ini ditulis untuk saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu amat meleset daripada realiti sebenar.

Tidak semua orang yang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi, buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.

Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes.
-Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
-Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
-Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

Siapakah yang lebih perlu membaca buku ini? Jikalau saudara tidak mempunyai bakat bisnes, tetapi saudara sedang merancang memasuki dunia bisnes, maka saudara termasuk orang yang mesti membaca buku ini sebelum mengorak langkah memasuki dunia bisnes.

Jikalau saudara mempunyai bakat, saudara juga boleh mendapat manfaat daripada buku ini. Jadi, bacalah. Mudah-mudahan saudara tidak melakukan kesilapan sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang lain, yang ceritanya diterangkan dalam buku ini.
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.