| Sinopsis |
Aku ada pakej yang lengkap bagi menjadi JUARA di tempat kerja. Tetapi mengapa aku tidak dapat naik pangkat?
Banyak keistimewaan yang akan diperoleh jika dapat naik pangkat. Selain gaji dan status hidup naik, pengaruh juga semakin bertambah. tetapi paling menyeronokkan adalah mendapat kuasa kerana bukan semua orang layak menggunakan kuasa dalam organisasi ataupun syarikat. Justeru, naik pangkat adalah idaman bagi mereka yang bekerjaya. Tetapi bagaimanakah cara efektif hendak naik pangkat?
Ada orang menggunakan taktik kotor bagi memperolehnya. Mereka akan menggunakan apa sahaja metode supaya cepat naik pangkat. Tetapi cara ini lambat laun akan terbongkar. Akibatnya, orang itu pasti dibuang kerja.
Aku Mahu Naik Pangkat membongkar rahsia yang mampu membuat bos dan rakan-rakan di tempat kerja senang berurusan dengan anda. Walaupun tidak menggunakan strategi kotor, anda tetap dinaikkan pangkat kerana anda bijak menyesuaikan diri di tempat kerja. Selain itu, anda juga hebat berkomunikasi dan pandai mengurus konflik serta masalah. Hasilnya, pengaruh anda semakin banyak. |