Kedai Buku Online - KatalogBuku.Com
Kedai Buku Online - Katalog Buku

166 Tip Sales Efektif

NO IMAGE



Kategori Buku

Kewangan Peribadi
Motivasi
Fiksyen/Sastera/Novel
Agama
Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Cinta/Perhubungan
Kekeluargaan/Wanita
Remaja
Teknikal/Profesional
Pendidikan
Lain-lain

Tajuk 166 Tip Sales Efektif
Pengarang Sharuddin Abdullah
Kategori Pengurusan/Perniagaan/Kewangan
Penerbit PTS Publication
ISBN
Format Paperback
Harga RM30.00
Sinopsis Sekiranya anda minat berniaga dan ingin tahu tip-tip yang dapat membantu meningkatkan jualan, inilah bukunya. Antara yang menarik adalah teknik menjawab bantahan, menyemarakkan semangat yang lemah dan cara menjawab pembenci jurujual. Sesuai untuk mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan konvensional, multilevel marketing, insurans, takaful, amanah saham dan sebagainya.

Mengapa menjual? Adakah bagi mencari keuntungan semata-mata? Adakah bagi memuaskan kehendak material yang bersarang di jiwa? Ya, ini semua adalah antara sebab seseorang itu menjual.

Namun begitu, itu semua cuma membawa keuntungan yang bersifat sementara. Mesej utama yang ingin kami sampaikan dalam buku ini cukup mudah, iaitu kita perlu menjual dengan niat yang betul. Usah jadikan wang ringgit sebagai matlamat nombor satu kita tetapi berniatlah bagi menjadikan kerjaya jualan sebagai satu cara membantu orang memenuhi keperluan mereka. Dengan demikian, kita akan lebih berjaya.

Mengejar impian. . . .
Impian di hati. . . .
Disemai dan dibaja. . . .
Dijaga rapi. . . .
Akhirnya mereka berjaya jua. . . .
Menjadi jurujual. . . .
Jurujual terbilang!
Selamat membaca dan semoga kita berjaya!
 

 


All rights reserved ©2008. katalogbuku.com. Managed by MyNet Marketing.